Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

ALERT hanya kpd ex KMNS..


UNTUK SEBARAN..

saya menjemput rakan2 X-KMNS sekalian untuk menghadiri AGM ALUMNI KMNS pada 14 disember 2008 bertempat di Dewan Serbaguna(DSG) KMNS... RM15 dikenakan sebagai yuran keahlian satahun... sila komformkan kehadiran anda pada saya di mr.msbadri@gmail.com sebelum 7 Disember 2008.

butir2 peribadi yang perlu disertakan adalah:-
1. Nama penuh
2. No IC
3. Batch
4. No Telefon Bimbit semasa
5. Alamat email yang aktif.

atau boleh sms ke 0197753575 sebelum 7 Dis 2008 utk confirmkan kehadiran..

sekian...wassalam..

What is Gamma Knife?




Gamma Knife is a device used to treat brain tumors with a high dose of radiation therapy in one day.

The device was invented by Lars Leksell, a Swedish neurosurgeon in 1967 at Karolinska Institute in Sweden.

The gamma knife device contains 201 cobalt-60 sources of approximately 30 curies (1.1 TBq) each, placed in a circular array in a heavily shielded assembly.

The device aims gamma radiation through a target point in the patient's brain.

The patient wears a specialized helmet that is surgically fixed to their skull so that the brain tumor remains stationary at target point of the gamma rays.

An ablative dose of radiation is thereby sent through the tumor in one treatment session, while surrounding brain tissues are relatively spared.

Teknologi MRI Bebas Radiasi

MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup mlalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan.

Selain digunakan untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi, teknologi tersebut juga diaplikasikan untuk mengenalpasti perubahan psikologi pada tisu hidup.

Berbeza dengan teknologi CT scan, MRI tidak mendedahkan pesakitnya kepada sebarang bentuk radiasi kerana proses tersebut tidak menggunakan x-ray.

Antara kelebihan perubatan MRI adalah ia digunakan untuk membezakan tisu patologi seperti tumor otak dan juga tisu normal.

Malah, kualiti imej yang dihasilakn melalui MRI juga kebiasaannya mempunyai revolusi yang lebih baik berbanding CT scan terutama untuk tujuan pengimbasan otak dan tulang belakang.



Teknologi Perubatan DNA Rekombinan




Teknologi DNA rekombinan merupakan teknik kejuruteraan genetik yang menggabungkan maklumat genetik dua spesies organisma berbeza.
Dalam bidang perubatan, teknik tersebut telah digunakan bagi mengubahsuai sel bakteria agar dapat berfungsi untuk menjana protein manusia.
Sejenis protein yang dihasilkan melalui aplikasi teknologi DNA rekombinan ialah Interferon, yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan virus dan juga serangan penyakit kanser.
Kini menerusi teknologi tersebut, ia dapat menghasilkan hormon tumbesaran, vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, serta beberapa lagi jenis enzim.
Menariknya, ia merupakan teknologi perubatan yang murah, tulen, dan spesifik serta tidak memberi kesan sampingann yang boleh memudaratkan penggunanya.

Ajar Subjek Teknik Dan Vokasional Dari Tingkatan 1

PORT DICKSON 25 Nov. - Mata pelajaran Teknik dan Vokasional akan diajar bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah teknik di seluruh negara menjelang 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, sebelum ini, mata pelajaran berkenaan hanya diajar kepada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah aliran tersebut.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan mata pelajaran itu di peringkat awal lagi adalah untuk membolehkan para pelajar menyalurkan kreativiti selain menanamkan minat terhadap bidang yang mereka ingin ceburi.

''Kementerian kini bersiap sedia untuk memperlengkapkan tenaga pengajar selain meningkatkan lagi beberapa infrastruktur asas bagi melaksanakan program teknik dan vokasional,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Guru-Guru Vokasional dan Kemahiran 2008 di sini malam tadi.

Katanya lagi, menjelang tahun depan, pihaknya berharap segala keperluan pelajar dapat disediakan dengan teratur kerana ia merupakan satu agenda di bawah Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pelajaran.

''Kesemua guru yang terlibat akan diberi latihan berasaskan kecekapan. Setakat ini, seramai 300 guru telah mengikutinya dan ia akan diperluaskan bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar di sekolah teknik, malah meliputi guru-guru di sekolah teknik harian,'' jelas beliau.

Selaras dengan pelaksanaan itu, Razali memberitahu, pembelajaran dalam kedua-dua bidang berkenaan juga akan dilanjutkan bagi program matrikulasi atau diploma sebagai satu langkah bagi membolehkan para pelajar melanjutkan pelajaran mereka pada tahap tertinggi.

Beliau berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar memandangkan ia memenuhi kehendak mereka yang lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktikal.

''Aktiviti-aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberikan satu kepuasan kepada mereka yang lebih berminat ke arah bidang-bidang seumpama itu,'' katanya.

PIPP Jana Tenaga Sumber Manusia

GENTING HIGHLANDS 25 Nov. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta golongan guru menjadikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebagai satu mekanisme yang boleh digunakan dalam menjana proses pembangunan sumber manusia.

Menurutnya, negara tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya pada sumber asli dan bahan mentah tetapi perlu memfokuskan kepada aset sumber manusia yang terhasil daripada sistem pendidikan.

''Kita berpeluang mencapai kemajuan dengan cepat kerana Malaysia sudah mempunyai sistem pendidikan dan persekolahan yang baik, oleh itu kelebihan ini perlu digembleng secara bersepadu menerusi pelaksanaan PIPP,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Kedua PIPP di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.

Dalam menjayakan pelaksanaan PIPP, Hishammuddin mengakui beberapa elemen penting seperti akses dan ekuiti perlu diberi penekanan supaya peluang pendidikan dapat dibuka kepada semua golongan.



''Masalah kemiskinan dan faktor lokasi sering menjadi penghalang kepada asas kecemerlangan pelajar kita terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

''Adakah mereka juga mempunyai keyakinan yang sama untuk turut bersaing jika berpeluang mendapat pendidikan seperti pelajar di bandar walaupun mendapat kemudahan yang lengkap,'' ujarnya.

Selain itu, beliau juga mahu kecekapan dalam sistem penyampaian ditingkatkan di semua peringkat dan bahagian.

''Pemimpin atau pengurus pendidikan perlu bijak memperkenalkan inovasi terbaru dalam sistem penyampaian untuk disalurkan kepada mereka yang berada di peringkat bawahan,'' katanya.

Menurutnya, identiti negara bangsa juga perlu diterapkan di dalam konsep pelaksanaan PIPP kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Hadir sama pada konvensyen empat hari bermula semalam itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Dianggarkan seramai 200 peserta dari peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan pendidikan negeri serta daerah dan institusi-institusi pendidikan hadir ke konvensyen tersebut.

Pada majlis itu, Zulkurnain turut melancarkan buku Modal Insan Cemerlang: Minda Kelas Pertama yang dihasilkan oleh kakitangan IAB.

Caj 1 Peratus PTPTN Mulai 1 Januari 2009

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kadar caj perkhidmatan satu peratus kepada peminjam lama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan berkuat kuasa 1 Januari depan bukan 1 Jun lalu seperti diumumkan oleh Kabinet sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil kerana PTPTN memerlukan masa bagi menguruskan pelarasan dan prosedur baru untuk peminjam lama.

''Terdapat beberapa perkara perlu kita lakukan seperti dari segi dokumentasi yang melibatkan perubahan kontrak peminjam lama, maka PTPTN memerlukan masa untuk menampung perubahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PTPTN dan Maybank selaku ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di sini hari ini.

Pemeteraian perjanjian itu menjadikan Maybank sebagai bank pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan penabungan kepada pelanggannya menerusi lima saluran perbankan iaitu mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), kaunter cawangan Maybank, perbankan Internet Maybank2u.com dan Kawanku Phone Banking.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dan Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani.

Ogos lalu, kerajaan mengumumkan penurunan kadar caj PTPTN kepada satu peratus dan langkah itu meringankan beban lebih sejuta peminjam kerana mereka dapat membuat bayaran balik yang lebih rendah.

Sebelum ini, caj perkhidmatan pinjaman PTPTN adalah tiga peratus bagi pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda manakala peminjam pembiayaan peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran dikenakan caj lima peratus.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, SSPN berjaya mengumpul deposit RM165.37 juta sehingga 31 Oktober lalu dengan purata pembukaan akaun baru melebihi 40,000 sebulan.

''Ibu bapa mahupun orang ramai perlu memahami bahawa penabungan dalam SSPN berbentuk penabungan jangka panjang untuk perbelanjaan anak di peringkat pengajian tinggi.

''Ia sekali gus mengikis sikap terlalu bergantung kepada pinjaman supaya kita akhirnya dapat melahirkan siswazah tanpa hutang pendidikan," jelasnya.

Kaji ubah pinjaman PTPTN kepada biasiswa



KUALA LUMPUR-Kerajaan sedang mengkaji untuk mengubah pinjaman pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) kepada biasiswa jika mahasiswa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pengajian.

Timbalan menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kajian itu akan dilakukan dengan teliti bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat membawa kebaikan kepada semua pihak.

Kajian ini akan mengambil kira pengalaman kita sebelum ini bahawa lepasan universiti yang cemerlang tidak mempunyai masalah untuk mendapat pekerjaan dan tiada kesukaran untuk membayar balik pinjaman,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nasir Zakaria(Pas-Padang Terap) pada siding dewan rakyat hari ini.

Mohd Nasir bertanyakan sama ada kerajaan akan menimbangkan pemberian biasiswa kepada kaum melayu dan bumiputera memandangkan ia merupakan salah satu hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sekarang, peminjam yang mendapat kelulusan kelas pertama bagi peringkat ijazah sarjana muda yang pinjaman mereka diluluskan sebelum 1 Julai 2005 boleh mengemukakan permohonan ke PTPTN bagi mengecualikan pembayaran balik pinjaman.

Menjawab soalan asal Mohd Nasir, beliau berkata kadar pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN adalan berbeza mengikut institusi pengajian tinggi(IPT), peringkat pengajian, jurusan yang diambil dan tahap pendapatan keluarga.

Katanya, jumlah pinjaman yang diberikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pula adalah lebih tinggi berbanding institusi pengajian tinggi awam(IPTA) kerana yuran yang dikenakan institusi itu tinggi.

“Pinjaman kepada seorang mahasisiwa peringkat diploma di IPTA ialah RM5000 setahun manakala di IPTS sebanyak RM8000 setahun.

Beliau berkata, mahasiswa yang mengikuti jurusan sains diberi insentif tambahan RM500 setiap semester yang dikecualikan daripada kos pentadbiran PTPTN sebagai galakan kepada mereka untuk mengambil jurusan berkenaan.-BERNAMA

238 Penerima Hadiah Nobel Sains Sejak 1901



Hadiah Nobel merupakan penganugerahan yang diberikan kepada individu atau pertubuhan yang telah melakukan penyelidikan ulung serta menghasilkan penemuan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1901, anugerah tersebut yang dicetuskan oleh saintis terkenal Alfred Nobel telah dibahagikan kepada beberapa kategori penerima seperti sains, sastera, psikologi dan perubatan, keamanan dan ekonomi.

Untuk kategori sains, seramai 238 ilmuan sains telah menerima anugerah berkenaan di mana 184 orang daripadanya terlibat dalam bidang fizik dan 154 orang lagi dalam bidang kimia.

Hadiah-hadiah tersebut dikurniakan dalam satu upacara rasmi yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun di Dewan Konsert Stockholm, Sweden.

Penerima anugerah akan membawa pulang sebutir pingat emas, diploma, dan wang tunai kira-kira USD 1.3 juta.

Titration

Majlis Fatwa haram yoga

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.

"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.

Sumber: Berita Harian


PS: kepada umat Islam diluar sane,
harap xmempertikai buat demonstrasi
pulak lepas ni..kite ni iman saudagar..
xmcm alim ulama yg ade kat atas sane..

sama2 kite muhasabah diri..insyAllah..
kepada yg dh tau,boleh sebarkan pd rakan yg lain..

Selamat Bercuti semua..




maaf semua kerana kelewatan untuk mengemaskini
blog ini..ini adalah disebabkan jadual kami yang padat
dan tidak mempunyai akses internet..apa2 pun,
kami sebagai moderator blog ingin memohon maaf sekiranya
menyinggung hati pembaca.

selain itu kami juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada
seluruh warga UPSI terutamanya pelajar FST..





"Selamat Tinggal Buku"??
hehe..jangan bermimpi..perjuangan masih belum selesai..
dan kepada mereka yang bakal menjadi guru
praktikum naik cuti semester ini,
All d Best..


Jumpa Next Sam semua..
Assalammualaikum..

First images captured of alien solar system

Astronomers have snapped what they say is the best photographic evidence yet of planets orbiting other stars. Two new planetary systems have been imaged in the Milky Way; one offers the first glimpse of a system with multiple planets.

Other possible planets have been imaged near stars. But the new pictures are the first to capture the subtle crawl of planets around their host stars, confirming that they are indeed in orbit.

"It's great to see the quest for direct imaging of extrasolar planets finally bearing fruit," says Ray Jayawardhana of the University of Toronto, who was not associated with the two new studies.

Direct imaging allows astronomers to detect planets orbiting at much greater distances from their stars than the techniques most commonly used today.

Since the planets are far from the glare of their host stars, their light can be studied to reveal planetary properties, such as temperature and composition.

Two teams of astronomers made the discoveries, which may challenge the prevailing model of how planets form.

Christian Marois of the Herzberg Institute of Astrophysics in Victoria, Canada, and colleagues found a system with three planets in an ongoing survey of 80 young stars surrounded by relatively large amounts of dust.






This near-infrared composite image shows the nearby star HR 8799 (multi-coloured blob) and its three planets (red dots at upper left, upper right and just below the star). The planets are 7 to 10 times as massive as Jupiter (Image: National Research Council Canada)



Debris disc


The planetary trio orbits the star HR 8799, which sits 130 light years away in the constellation Pegasus. The most distant planet in the group is roughly 7 times the mass of Jupiter and sits 68 astronomical units away from its host star (1 AU is the distance between the Earth and Sun).

Two larger planets, each estimated to weigh 10 Jupiters, orbit closer in - at 24 and 38 AU away from the star. A disc of dusty debris, similar to the solar system's icy Kuiper beltMovie Camera, surrounds the entire system.

Like other photographed planetary candidates, HR 8799's three planets weigh close to 13 Jupiters, a mass thought to separate planets from failed stars called brown dwarfs.

But the trio are most likely planets, says Marois. While stars orbit each other at random orientations, HR 8799's companions all seem to orbit in a plane, suggesting they formed in a disc like planets. Astronomers have also never found a system with three orbiting stars, he says.

The planets, which formed some 60 million years ago, are still glowing with heat from their contraction. Their march across the sky with the star, as well as their counter-clockwise orbit around it, were measured in near-infrared images taken with the Keck and Gemini North telescopes in Hawaii.


Bright glint


The team used a technique called adaptive optics to produce clearer images by removing distortions from the Earth's atmosphere.

In a separate study, another planet was found orbiting the star Fomalhaut, which sits some 25 light years from Earth and is surrounded by a belt of cold dust.

Astronomers predicted in 2005 that a planet might orbit Fomalhaut, after Hubble Space Telescope images showed the inner edge of the star's dust belt was unexpectedly sharp and not centred on the star. Astronomers suspected a planet might have carved this shape.

Comparing Hubble observations from 2004 and 2006, Paul Kalas of the University of California, Berkeley, and colleagues found the bright glint of a planet. Called Fomalhaut b, it sits 119 AU from its host star and weighs no more than 3 Jupiter masses, based on its gravitational effect on the dust belt.




A ring of dust and debris surrounding the star Fomalhaut (whose light is blocked out) appears here in an optical image taken with the Hubble Space Telescope in 2006. A planet (inset) orbits the star about three times as far from its star as Pluto does from the Sun - a separation larger than that of any other confirmed exoplanet (Image: Paul Kalas/UC Berkeley/NASA/ESA)



Record distances


The team is still struggling to explain why the planet is unusually bright in one of the two wavelengths of optical light used to study the planet. Hot gas might enshroud the planet, or a ring of gas and dust that extends over 1 million km might girdle it. A ring of debris probably encircled Jupiter when it was 200 million years old - the age of Fomalhaut b, says Kalas.

The team says follow-up observations with Hubble Space Telescope's Space Telescope Imaging Spectrograph, which is set to be repaired on the last shuttle mission to the probe, could help explain the excess brightness.

Hundreds of extrasolar planets have been found by measuring the velocity changes in the star caused by the tug of its companion or by studying the dips in light levels when a planet passes in front of its host star. But these techniques have only turned up planets within 6 AU of their host stars.

The newly discovered planets - which all lie at least four times that distance from their host stars - could challenge the leading model of how planets form, says Jayawardhana.



Duelling models


Astronomers suspect gas giants coalesce through 'core accretion', in which dust particles slowly stick together to become rocky chunks called planetesimals. These chunks collide to build a massive solid core before attracting an outer layer of gas, a process that takes millions of years.

But far from a star, matter in the disc thins out and takes longer to orbit. This might mean that distant, nascent planets do not have enough time to form a core before a star's radiation blasts away the surrounding gas.

"My hunch is that core accretion is going to find it challenging to make such giant planets so far away for their parent stars," Jayawardhana told New Scientist.

Exoplanet discoveries have challenged the idea of core accretion in the pastMovie Camera. But Jayawardhana says the newly discovered three-planet system might be "the closest to poster children as you can find for seriously considering disc instability", an alterative theory for how some gas giant planets could form.

In this theory, gravitational instabilities in a denser disc of debris can cause knots of matter to collapse rapidly, forming planets in thousands, rather than millions, of years.

Journal reference: Sciencexpress (doi: 10.1126/science1167569 and 10.1126/science.1166585)

Sumber: http://www.newscientist.com/

Editor : Suara Reformasi

Diabetes di kalangan Kanak-Kanak & Remaja

Pengenalan

Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menyerang tanpa mengira peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak atau remaja. Di kalangan kanak-kanak, sekiranya penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal ia boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuklah kerosakan otak. Kadangkala diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian yang serius dan selalu di diagnosa sebagai selesema atau dibiarkan sahaja.

Tanda dan Gejala

Semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak perlu mengetahui dan peka kepada tanda-tanda penyakit diabetes.


Di antara tanda-tanda penyakit diabetes ialah:

* Kerap kencing terutama pada waktu malam
* Sentiasa dahaga
* Sentiasa lapar
* Hilang berat badan
* Kelesuan
* Hilang tumpuan
* Penglihatan yang tidak jelas
* Muntah-muntah dan sakit perut

(Tanda-tanda ini mungkin kurang atau tiada langsung di kalangan kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis II)

Apakah Insulin


Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa yang kemudiannya akan diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh tubuh badan bagi mengeluarkan tenaga. Bagi orang yang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan dan menukarkannya menjadi tenaga.

Bagi pesakit diabetes, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Akibatnya, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga melimpah ke dalam air kencing.

Diabetes Jenis I dan II

Diabetes Jenis I merupakan penyakit autoimmune yang tidak dapat dielakkan. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Dilaporkan terdapat 500,000 kanak-kanak di seluruh dunia mengidap diabetes Jenis I ini.

Diabetes Jenis II pula selalunya berlaku di kalangan orang yang berumur 40 tahun ke atas serta mengalami masalah berat badan berlebihan atau mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Walau bagaimanapun, masalah berat badan dan cara hidup sedentari di kalangan kanak-kanak telah menyebabkan jumlah pesakit kanak-kanak dengan Diabetes Jenis II meningkat. Penyakit ini hanya boleh dikawal melalui pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman serta ubat-ubatan.

Hari Diabetes Sedunia

Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November 2008 dengan tema “Diabetes di kalangan Kanak-kanak dan Remaja” diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda diabetes di kalangan kanak-kanak serta mempromosikan cara hidup yang sihat di kalangan kanak-kanak.

Sumber Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia




editor: Suara Reformasi

Kemenangan Barack Obama..Patutkah Umat Islam Bergembira?


Salam..nukilan kali ini hanya mahu
membicarakan betapa dunia ini memerlukan perubahan,bersangka baik
dan memahami orang lain sebelum membuat penilaian.

Kita sedia maklum bahawa kemenangan Presiden USA
Barrack Obama amat dinanti seluruh pelusuk dunia.
Tatkala keputusan diumumkan,seluruh rakyat USA
yang begitu dambakan reformasi bersorak kegembiraan.
Hal ini turut berlaku di Indonesia seperti mana
yang diceritakan oleh Dr Asri(bekas Mufti Perlis)

Saya sempat melayari beberapa sesarang
untuk meninjau luahan hati berkenaan
kemenangan Presiden Kulit Hitam Pertama
ini..

Terdapat beberapa golongan yang tidak menyenangi
kemenangan Obama.Saya menamakan mereka Hizbut Tahrir.
Bagi mereka Obama hanya boneka.
Ingin saya tegaskan bahawa kemenangan ini
merupakan satu harapan.Kita hanya berdoa yang terbaik.
Kita cuba tunggu perubahan yang ingin dilakukan oleh Obama.

Sememangnya sistem khilafah Islam adalah yang terbaik
tetapi untuk melakukannya kita memerlukan perubahan yang terancang dan tersusun
bukan hanya dalam masa yang singkat kemudian ianya seakan gagal.Evolusi dan Reformasi
adalah satu perkara yang sangat berbeza.Bukan semua faham apa itu sistem khilafah Islam.Jika yang muslim masih belum nampak toleransinya Islam,apatah lagi yang bukan muslim.

Jika kita memahami maksud reformasi itu
adalah satu perubahan yang disusun secara rapi.
Bukan dilaksanakan dalam masa yang singkat,tetapi mengambil masa
sehingga berpuluh tahun lamanya.Hanya berkat kesabaran yang dituntut dalam
setiap perjuangan terutamanya pada kita bakal guru bitara.Betapa perlunya keikhlasan
dan semangat juang yang tinggi untuk memimpin generasi bangsa kita dimasa hadapan.


Untuk itu,saya serahkan kepada anda untuk menilai
2 artikel yang saya baca mengenai kemenangan Barack Obama
yang menyebabkan hati saya terdetik untuk dikongsi bersama
warga FST.

Klik pada tajuk..
PATUTKAH UMAT ISLAM GEMBIRA DENGAN KEMENANGAN OBAMA?

dan jawapan pada permasalahan ini telah diulas DR ASRI dengan panjang lebar..

Obama: Antara kita dengan Amerika




diharap semua dapat membuka minda.Pemikiran kita perlulah
kritis.Zaman sekarang ini menuntut kepada banyak cara perjuangan walaupun matlamatnya
adalah sama,yakni menegakkan kebenaran.Hayati 2penulisan hyperlink diatas.InsyaAllah anda akan dapat jawapannya.Kita tidak perlu terlalu bersikap prejudis kepada sesuatu selagi ianya belum dibuktikan.Bersangka baiklah..


NOTE: Maaf sekiranya penulisan ini menyinggung mana2 pihak..
Penulisan ini hanya mahu dikongsi bersama kerana untuk
melakukan satu perubahan,ianya memakan masa dan perlu faham kehendak
persekitaran.Jika tidak,respon yang diterima adalah ditahap yang mengecewakan.


Editor : Suara Reformasi

Trust is dead – but miracle is still as alive as hope itself ...

Salam buat semua pembaca..Komentar kali ni
adalah mahu membincangkan sedikit sebanyak
mengenai isu yang hangat diperkatakan dewasa ini
yakni berasa tertindas.Kes ini juga baru sahaja berlaku di Seremban apabila satu mesyuarat parti terpaksa ditangguhkan akibat kekecohan yang berlaku ekoran daripada penafian hak beberapa perwakilan.
Pernahkah anda berasa demikian?Atau daripada kalangan keluarga anda?
Berkemungkinan bagi mereka yang belum pernah ditindas dan diuji
dengan perkara sedemikian,anda akan kerap mengutuk dan mengeji tindakan mereka yang
cuba bangkit meluahkan kekecewaan.Akan tetapi jika perkara sedemikian
berlaku kepada anda??

Saban hari banyak sistem dan akta yang digubal,akan tetapi
masih ramai yang tidak berpuas hati mengenai sistem yang ada.
Berasa tertindas adalah perkara biasa bagi mereka yang berada dibawah.
Adat dunia yang di atas akan mengatur dan yg dibawah pula terpaksa
akur.Lebih2 lagi jika satu perkara tersebut diguna pakai untuk kepentingan pihak tertentu.Namun demikian kita hanya perlu bersuara sekadar yang termampu.

Tidak perlu melampaui batas sehingga mencetuskan satu keadaan yang liar
dan tidak bertamadun.Negara ini negara hukum,kita ada undang2,dan segalanya perlulah mengikut prosedur yang sedia ada walaupun kadang2 terkilan dengan tindakan susulan atas sistem sistem tersebut,akan tetapi percayalah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.


Sebagaimana firman Allah SWT
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Al Anfaal ayat 46





Kita berbalik kepada topik yang ingin diperbincangkan,
semasa saya melayari beberapa blog,saya tertarik dengan
blog saudara Rustam A. Sani
Sama2 kita hayati dan merenung coretan beliau.

By Rustam A.Sani

This experiment in government we like to call democracy – which has lasted for half a century now – depends upon, among other things, a certain level of trust, not only of the government and its elected officials, but maybe more importantly among the people themselves.

After that many years trust has been under attack in our society, we can today confidently declare that it is definitely dead.

Sometimes it takes much more that a casual look at the state of our society in order to understand that there is something really wrong with it. A time like this – this season of blessings, compassion and goodwill – it is perhaps a good time to take a really profound and perceptive look at our society, to go beyond just its crass surface and glitters.

Trust was more common and easier to uphold when this nation was “founded”. With far fewer people then, it was possible to actually know those with whom you would have contact and in turn be aware of their biographies and idiosyncrasies. A liar or scoundrel was known for his work, but so is the person who lived by his word.

Remember the case of Education Minister in the 1960s, Abdul Rahman Talib, who failed to clear himself from an accusation of corruption – a small financial indiscretion that by today’s standards would be dismissed by the government as a non-issue – resigned from his job.

The case was raised in Parliament by the then member for Ipoh, the late D. R. Seenivisagam. The minister challenged the opposition MP to repeat his allegations outside the House so that he could institute a legal suit to clear his name and defend his honour.

DR (as the opposition member was affectionately known) repeated his allegations at the Chinese Assembly Hall. In the ensuing court case, the minister failed to clear his name and, as expected from an honourable person, resigned from his job – and bringing to a close a rather glorious political career.

The matter was big news then. But “trust” and “honour” were definitely still the operative words in peoples conduct. Ethnic, religious and political party affiliations were hardly invoked in order to discredit or maim a person. Social values and institutions – such as freedom of speech, the media, the judiciary – were trusted, and deservedly so because there was no attempt by the power that be to compromise or mutilate them.

Today our society has naturally become much more complex, that it is rare for many to even know who lives on their block or even in the same building. Our culture is segmented – all the more so because of our dismal intellectual failure to create a true “nation” out of the segmented communities of the colonial plural society.

With modernity and technological advancement things have indeed become worse for us sociologically. We have become even more isolated, so that we are but strangers passing by each other in the midst of individual self-awareness and self-preservation.

Today Malaysians have become even more mobile – and are less likely to live in extended families. In recent years the permanent, local and family-based jobs has all but disappeared and workers have increasingly been forced to move far from their roots to find and retain employment.

We are isolated as we drive to work, pushed to produce so hard while at work that co-workers become objects rather than compatriots, and spoken to and dealt with by the public sphere on the basis of what divides us, not what we share in common.

Merchants cannot be trusted to deliver what they promise, employers cannot be trusted to pay their obligatory EPF contributions, and even spouses cannot be trusted to keep their vows. We live in a “buyers beware” culture, where every person is on its own to make it through a jungle of real and perceived threats and attacks.

One cannot walk in one’s own street without fear of some idiots being tempted to snatch away ornaments dangling out of one’s body parts for show off, cannot book a flight on an airplane without fearing being bumped because the flight was oversold, cannot drive on the freeway without concern that the idiot racing to take your space will not pull a gun to prove his point, cannot give a toy to a child without fear of lead poisoning, and certainly cannot trust a politician on anything at all.

Trust is really dead.

To compensate, we have tried regulating the behaviour of commerce, finance and nearly every aspect of life. Some among the religious conservatives and fundamentalists want to force the faithfuls to keep to their faiths unthinkingly and some on the secular side of the divide want to write enough laws that trust would become unnecessary because it has been replaced by government control.

The truth is trust cannot be imposed, it cannot be brought into existence by faith alone – it is by its very nature a product of free and open communication and human interaction. Trust is not a lofty goal of perfection and honesty. Trust is the acceptance of a dominant shared value that has the common good as its ultimate goal – the goal that has necessitated the creation of human societies and nations themselves.

But it does require facing what is without blinders, being responsible to look and to ponder beyond the crass and superficial glitters of the day.

Trust requires that we stop calling each other names – whether they are based on racial prejudice, religious bigotry, or partisan political blinkers – as a substitute for mature discourse, debates and problem solving.

There is so much of our culture today that are pushing us away from those requirements of a “true” society built on trust toward a world of fast paced isolation and fantasy.

There is no institution or force on the horizon – including the leaders of the government (many are conspicuously intellectual imbeciles), their inadequately socialised and ill-schooled apparatchiks and the greatly debased social and government institutions – to pull us in the other direction. All have but become part of the vortex of self-serving insincerity and pretense, all under great pressure to conceal or defend their crippling intellectual and moral inadequacies.

Trust is definitely dead, but isn’t this the season that reminds us that miracles somehow are still possible?


Note:
Sebagai "Daei" kita jangan pernah mengalah.
Teruskan usaha,semangat yang membara kerana kelak
kita akan berdepan dunia realiti yang penuh pancaroba
sebagai guru.InsyaAllah..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(Al Baqarah ayat 42)


editor: Suara Reformasi
Kebajikan & Kemasyarakatan

Antara Kemahuan dan Kewajipan




Tuntutan menjadi aktivis gerakan adalah merupakan satu tuntutan yang tidak perlu dinafikan lagi. Sebagai individu-individu muslim yang punya tasawwur Islam yang jelas, menyumbang jiwa dan harta untuk gerakan Islam adalah satu kemestian, dan bukannya satu pilihan. Kewajipan ini boleh dilihat dari sudut prinsip, hukum dan tuntutan. Menjadi aktivis gerakan adalah wajib kerana bekerja untuk Islam adalah merupakan satu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia, didahului oleh para Nabi dan Rasul kemudian ke atas manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” (Surah Al-‘Asr: 1-3)


Sabda Rasulullah SAW pula
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Serulah (manusia) berbuat ma’ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)



Apabila seseorang individu itu telah menggabungkan dirinya dengan gerakan (menjadi aktivis gerakan), maka adalah perlu untuk individu tersebut taat kepada kepimpinan, patuh kepada segala undang-undang dan peraturan serta beriltizam dengan perjuangan gerakan. Penggabungan dengan gerakan bukan setakat melalui pendaftaran sebagai ahli, bukan juga sekadar berulang-alik ke pusat atau sekretariat, dan bukan juga sekadar menghadiri program-program. Penggabungan ini mestilah membawa pengertian yang lebih jauh daripada itu, yakni penggabungan yang tidak sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ia adalah penggabungan yang membuktikan kemantapan ‘aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim.






Namun, untuk mencapai tahap penggabungan yang sebenarnya itu bukanlah satu proses yang mudah. Aktivis gerakan seringkali terpaksa berhadapan dengan beberapa konflik dan dilema, khususnya dalam menentukan keutamaan dan memilih di antara kemahuan peribadi dan kehendak gerakan. Justeru, adalah penting bagi para aktivis gerakan, khususnya gerakan pelajar, untuk memahami apakah kewajipan-kewajipan mereka dalam gerakan agar tidak mengutamakan kemahuan dan kehendak peribadi melebihi kewajipan-kewajipan yang sebenarnya merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan.

Pertama sekali, adalah penting untuk kita memahami bahawa penggabungan kita dengan gerakan adalah merupakan penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri. Hal ini bermakna, penglibatan kita sebagai aktivis gerakan adalah kerana ‘aqidah yang benar, bukan kerana ikut-ikutan, bukan kerana kawan, dan bukan kerana terpesona atau kagum dengan karismatik seorang pemimpin gerakan itu. Perkara ini berbalik kepada kewajipan penggabungan diri dengan gerakan itu sendiri.

Maka, apabila penglibatan kita sebagai aktivis gerakan itu ditunjangi oleh penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri, penglibatan kita itu akan mengukuhkan lagi kefahaman kita dalam agama dan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT. Perkara ini adalah perkara asas yang sangat penting, kerana visi gerakan tidak akan berjaya kecuali hubungan seseorang aktivis itu dengan Allah SWT adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus bekerja kerana Allah sahaja.

Justeru, aktivis gerakan seharusnya mendapat motivasi untuk terus bergiat dan menyumbang kepada gerakan atas kecintaannya kepada Allah. Apabila yang sebaliknya berlaku, yakni motivasi ataupun dorongan untuk bergiat dalam gerakan datangnya daripada rakan, daripada orang yang diminati serta daripada keuntungan material, maka akan berlakulah gejala futur di mana aktivis gerakan itu akan cepat merasa lesu dan putus asa di tengah-tengah perjuangan. Perkara inilah yang menyebabkan timbulnya sikap acuh tak acuh dan sambil lewa dalam gerakan, walhal setiap aktiviti dan gerak kerja dalam gerakan memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada ahli-ahlinya kerana perjuangan dakwah itu adalah satu perjuangan nafas panjang.

Selain daripada itu, apabila seseorang itu telah menggabungkan diri dengan gerakan, kefahaman tentang agama dan juga tentang budaya dan undang-undang gerakan itu sendiri perlu wujud. Hal ini demikian kerana penggabungan secara membuta-tuli, yang didorong oleh semangat dan perasaan yang melulu adalah ditolak. Atas sebab itulah Al-Maududi meletakkan kelayakan peribadi yang pertama bagi seorang aktivis gerakan ialah kefahaman Islam yang sebenar.

Apabila penggabungan diri seorang aktivis itu dengan gerakan adalah didasarkan kepada ‘aqidah yang benar, serta dipandu oleh ilmu yang jelas dan benar, maka tidak akan wujud aktivis-aktivis gerakan yang menjadikan gerakan itu sebagai kuda tunggangan ataupun batu loncatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata. Apabila seseorang aktivis itu menggabungkan dirinya ke dalam gerakan, maka seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk gerakan, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan gerakan, bukan sebaliknya.


Pengorbanan

Dalam soal ini, pengorbanan adalah amat diperlukan. Mana mungkin ada perjuangan kalau tidak ada pengorbanan. Aktivis gerakan, khususnya anak muda dan golongan pelajar, perlu banyak mengorbankan matlamat dan kehendak peribadi demi memastikan matlamat gerakan dapat dicapai. Atas faktor inilah, Allah SWT berulang-ulang kali menyeru di dalam Al-Qur’an untuk berjihad dengan mengorbankan harta dan jiwa.

Firman Allah SWT
“(yakni) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,” (Surah As-Saff: 11)



Seterusnya, seperkara lagi yang perlu difahami oleh aktivis gerakan adalah penggabungan masa depannya dengan gerakan. Hal ini bermakna, masa depan seorang aktivis itu mestilah terikat dengan gerakan dalam apa bentuk dan keadaan sekalipun.






Apabila seseorang aktivis itu telah memahami bahawa penggabungan dirinya dengan gerakan adalah merupakan penggabungan dirinya dengan ajaran Islam itu sendiri, dan juga memahami bahawa keberadaan dalama gerakan itu sendiri merupakan antara tuntutan dalam ajaran Islam itu sendiri, maka dengan sendirinya seseorang aktivis itu akan memahami bahawa ia perlu menggabungkan seluruh kehidupannya, termasuk masa depannya, untuk gerakan. Hal ini tidaklah bermaksud seseorang aktivis itu perlu menyerahkan sepenuhnya kepada gerakan untuk mencatur masa depannya, sebaliknya ia perlu menjadikan misi dan visi perjuangan gerakan (yang berdasarkan kepada tuntutan Islam itu sendiri) sebagai tunjang dalam merancang masa depannya. Dalam erti kata lain, seorang aktivis gerakan Islam perlu memastikan bahawa seluruh aktiviti kehidupannya dapat menyumbang kepada matlamat gerakan Islam.

Penggabungan dalam gerakan ini memerlukan pengorbanan. Namun, pengorbanan itulah yang dituntut dalam perjuangan. Aktivis gerakan perlu mengorbankan segala keinginan dan cita-cita peribadi yang tidak menguntungkan gerakan secara keseluruhan. Aktivis gerakan adalah mereka yang meletakkan perjuangan untuk melakukan tajdid Islami itu sebagai matlamat hidup mereka. Seseorang aktivis itu mungkin melakukan aktiviti-aktiviti lain untuk faedah rohani dan jasmaninya, tetapi tujuan hidupnya tetap merupakan perjuangan tadi dan bukan untuk tujuan lain.

Kesimpulannya, aktivis gerakan itu perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan dan tanggungjawabnya untuk menggabungkan dirinya dengan gerakan, dan seterusnya mengorbankan seluruh kehidupannya demi menyumbang ke arah melaksanakan misi dan visi perjuangan gerakan.

Allah jua yang Maha Mengetahui.


dipetik dari web www.iLuvislam.com.
Karya Saudara Abdul Muntaqim(pelajar tahun akhir(Information Technology) Universiti Tun Abdul Razak.)



Note: Tahniah kpd kepimpinan baru MPP.Diharap hubungan baik antara PMS dan MPP
terjalin seeratnya untuk terus memacu perjuangan mahasiswa yang bakal menjadi guru bitara.Teruskan perjuangan kalian untuk mahasiswa UPSI.


editor: Suara Reformasi

IBU...............

Kisah ini saya terbaca dalam satu post oleh rakan saya, ia membuatkan hati saya tersentuh dan berfikir sejenak tentang pengorbanan ibu. Disini saya kongsikan kisah ini:-



Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya
kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka
pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang
yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah
tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring
hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di
wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini
saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat
bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk
mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,
seketika
ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya

Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya
sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke
fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada
didalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang
berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang
pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu
telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ...dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya
akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother.

"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA ".


Note:

Berbahagialah bagi yang masih memiliki Ibu.
Lakukanlah yang terbaik untuknya..........

editor : kosong

PMS kini di friendster!!!


Untuk memudahkan lagi sebaran informasi mengenai PMS, Kami telah membuka satu profil di www.friendster.com. Semua mahasiswa sains bolehlah melayari friendster PMS dengan mencari profil PMS menggunakan email pms_upsi@yahoo.com. Sebarang maklumat akan disebarkan melalui buletin di friendster dan di blog ini, Group PMS juga akan diwujudkan tidak lama lagi di friendster. Tunggukan kemunculannya....



editor : kosong

Rombakan Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Sains

Pada tanggal 22 oktber 2008 yang lalu, satu mesyuarat majlis teringgi Persatuan Mahasiswa Sains telah diadakan. Ini berikutan perletakan jawatan beberapa MT dan exco PMS yang bertanding dalam PRK yang lalu. Mesyuarat yang dihadiri oleh MT itu telah membincangkan mengenai penstrukturan semula dan rombakan organisasi PMS. Merujuk kepada perlembagaan PMS, MT berhak untuk melantik ahli persatuan yang berkelayakan Untuk mengisi kekosongan pada struktur organisasi PMS.

Setelah perbahasan untuk melantik Presiden, Timbalan Presiden, Exco perpaduan dan Integrasi berakhir, ada beberapa Exco yang dilantik menjadi MT PMS. Rentetan itu, beberapa Rexco telah dilantik menjadi Exco PMS berdasarkan kriteria yang tertentu.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa PMS yang baru

Presiden
Ahmad Jamaluddin b. Ridzuan

Timbalan Presiden
Muhammad Safwan b. Azizul

Naib Presiden
Muhammad Zahid b. Yusof

S/U Agong
Norhidayah Osman

Timbalan S/U
Nik Azrul b. Nik Kamarudin

Bendahari Kehormat
Nurlaila bt. Darwis

Timbalan Bendahari
Mohd Syazwan b. Alluwi

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Wan Mohd Syahiran b. Wan Sabarudin
Nabilah Kamaruzaman

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Muhammad Fadhlullah b. Ramadzan
Nur Syafiqah bt. Sharifuddin

Exco Akademik dan Kerjaya
Nurul Ain bt. Mat Hussin
Sharifah Rowaida Syed Rozali

Exco Ekonomi & Keusahawanan
Idrul Nafiz Muhd Najib
Nursabiha Che Mazlan

Exco Perpaduan & Integrasi
Zahidatul Aziah Mohd Zuki
Nadiah bt. Mohd. Khalid

Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Zulfazly Fauzi
Norsyazwani Muhamad Dah

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Nik Muhd Thaqif Nik Ibrahim
Farhana Husna binti Hamid

Exco Keseniaan & Kebudayaan
'Afifah Abdul Kodi
Nur Syamimi bt. Hashim

Exco Penerbitan & Informasi
Muhammad 'Izzuan Hilmi b. Mohd. Nordin
Rafidah bt. Abd Rahim

diharapkan dengan perlantikan MT dan exco-exco baru dapat meningkatkan lagi kualiti PMS dimasa akan datang. Tahniah kepada semua.


editor : kosong
 
P. M .S .U. P. S. I | TNB