Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster
Showing posts with label sains dan teknologi. Show all posts
Showing posts with label sains dan teknologi. Show all posts

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan


Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Bertukar kepada Tenaga Lestari

Laporan Brutland pada tahun 1987 mendefinisikan pembangunan lestari sebagai “Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang”. Dalam konteks sumber tenaga utama yang digunakan pada masa kini terdapat dua persoalan yang perlu diajukan kepada penggubal dasar, ahli ekonomi, jurutera dan saintis iaitu sejauh manakah sumber tenaga yang digunakan kini releven dengan prinsip pembangunan lestari ? Adakah sumber tenaga utama yang digunakan kini dapat menampung keperluan generasi akan datang?

Menurut pandangan Dr. Jose Goldemberg iaitu Profesor di Universiti Saõ Paulo, Brazil terdapat dua konsep penting yang diketengahkan dalam definisi pembangunan lestari. Iaitu yang pertama ialah konsep ‘keperluan’ yang secara khususnya merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Kedua ialah konsep atau idea mengenai keterbatasan atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘limitation’. Iaitu keterbatasan sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh teknologi, dan organisasi sosial serta kemampuanya untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.

Dunia kini amat bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti minyak petroleum, arang batu dan gas asli sebagai sumber utama tenaga dunia. Persoalanya adakah ketiga – tiga sumber tenaga utama ini memenuhi definisi pembangunan lestari? Sumber tenaga lestari boleh ditakrifkan sebagai sumber tenaga yang boleh memenuhi keperluan manusia pada masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang. Dalam masa yang sama ia tidak memberi kesan terhadap pencemaran alam sekitar.

Dalam hal ini Dr. Jose Goldemberg dalam tulisannya yang bertajuk “Energy Choices Toward A Sustainable Future” menyenaraikan empat kriteria utama yang perlu diambil kira untuk sesuatu sumber tenaga itu diiktiraf sebagai sumber tenaga lestari.

Pertama dari sudut fizikal, yakni ia mestilah mempunyai jaminan bekalan tenaga yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa kini dan akan datang. Ini kerana keperluan tenaga pada masa akan datang sudah tentu akan meningkat. Dianggarkan peningkatan permintaan sumber tenaga dunia akan meningkat sebanyak dua kali ganda pada masa akan datang. Ini berdasarkan perkembangan populasi manusia yang akan mencecah jumlah 9.2 bilion orang pada tahun 2050.

Kriteria yang kedua ialah dalam konteks impaknya terhadap alam sekitar. Sejauh mana sesuatu sumber tenaga itu dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar perlu diambil perhatian. Ia juga bermaksud sesuatu sumber tenaga yang digunakan itu seharusnya tidak memberikan implikasi yang buruk terhadap masalah alam sekitar di peringkat tempatan, benua dan global. Sesuatu tenaga itu juga mestilah tidak menimbulkan dan menambah bebanan terhadap masalah alam sekitar yang sedang melanda dunia pada masa kini, seperti pemanasan global dan perubahan iklim.

Kriteria ketiga ialah penggunaan sumber tenaga yang dianggap lestari, seharusnya tidak mencetuskan sebarang ketegangan diantara wilayah dan negara. Ia mestilah jauh daripada sebarang risiko keselamatan dan tidak mencetuskan sebarang konflik. Ini kerana konflik boleh wujud disebabkan oleh persaingan dan peningkatan permintaan. Ini seterusnya mengundang implikasi terhadap ketidakseimbangan dalam pengagihan sumber tenaga. Akibatnya ada negara yang melakukan manipulasi dan konspirasi terhadap pasaran sumber tenaga.

Kriteria keempat bagi sumber tenaga lestari harus dilihat dalam konteks kesaksamaan ataupun keadilan sosial. Dimana sumber tenaga ini hendaklah mampu diakses oleh semua peringkat masyarakat. Sumber tenaga lestari mestilah mampu menawarkan perkhidmatan yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat setanding dengan kemajuan teknologi sedia ada.

Bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas asli) pada masa kini digunakan sebagai sumber tenaga utama iaitu sebanyak 80.1 % dari keseluruhan tenaga dunia. Manakala bagi tenaga nuklear adalah sebanyak 6.3 % dan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 13.6%. Apabila analisis dibuat secara mendalam didapati sumber tenaga utama dunia yang digunakan pada masa ini tidak mampu memenuhi keempat-empat kriteria ini.

Terdapat beberapa sebab mengapa ia tidak boleh dianggap sebagai sumber tenaga lestari. Sebab yang paling utama adalah kemampuannya untuk memenuhi keperluan generasi akan datang. Bahan api fosil yang digunakan sebagai sumber tenaga utama dunia akan kehabisan dalam beberapa dekad akan datang. Ini berikutan peningkatan permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia. Sehingga kini dilaporkan minyak mempunyai jangka hayat tampungan selama 41 tahun lagi, gas asli 64 tahun dan arang batu 155 tahun. Permintaan bagi bekalan tenaga utama dunia ini dijangka akan meningkat sebanyak 1.6 % pada tempoh 1980 hingga 2030.

Walaupun arang batu dilihat mempunyai jangka hayat tampungan yang lebih panjang ini tidak bermakna ia boleh dipertimbangkan sebagai sumber utama tenaga lestari untuk dua generasi akan datang. Ini bermakna ia masih tidak dapat memenuhi prinsip pembangunan lestari yang merujuk kepada ”memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang”. Tambahan pula pembakaran bahan api fosil akan menghasilkan masalah alam sekitar yang serius melalui penghasilan gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida. Ia juga bakal menambahkan keperitan ekosistem alam sekitar yang kini semakin sakit oleh kesan pemanasan global.

Kos pengeluaran bahan api fosil pula dijangka akan terus meningkat apabila simpanan sumber tenaga ini semakin kehabisan. Ia berlaku disebabkan peningkatan kos operasi bagi mencari sumber bekalan tenaga yang semakin berkurangan. Akhirnya, situasi ini akan mendorong berlakunya ancaman terhadap keselamatan bekalan sumber tenaga, serta turut menghasilkan ketegangan dan ketidakstabilan politik disesetengah wilayah di dunia.

Jesteru itu dunia kini amat memerlukan suatu transformasi sumber tenaga lestari yang memenuhi empat kriteria seperti yang disebutkan tadi. Mampukah manusia melakukan transformasi kepada sumber tenaga yang benar – benar boleh diiktiraf sebagai sumber tenaga lestari ?

Persoalan ini akan hanya mampu dijawab melalui aktiviti ‘rekacipta’ dan ’inovasi’ yang seharusnya diberikan keutamaan penting. Rekacipta bermaksud aktiviti mereka dan mencipta sesuatu yang baharu untuk kegunaan dan manfaat manusia. Istilah inovasi pula berakar dari asal kata bahasa Latin 'innovare' yang bererti 'mengubah, memperbaharui' yang juga berkait rapat dengan aktiviti merekacipta sesuatu karya, peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau idea. Rekacipta dan inovasi bermula dengan idea yang bernas. Sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan keberanian boleh melakukan rekacipta dan inovasi.

Namun dalam konteks membangunkan sumber tenaga lestari, idea sahaja tidak mencukupi untuk menjayakanya. Idea untuk merekacipta dan melakukan inovasi perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal serta mampu diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat. Inovasi merupakan perkara terpenting yang menggerakan kemajuan tamadun dunia pada hari ini. Seandainya tiada sebarang inovasi dilakukan dunia akan kekal pada tahap yang lama.

Pada ketika ini inovasi diperlukan dalam pelbagai bidang. Rekacipta dan inovasi dilakukan untuk meningkatkan kualiti produk, membentuk pasaran baru ekonomi, menambahkan pelbagai jenis produk, mengurangkan kos pekerja, memajukan proses pengeluaran industri, mengurangkan pengunaan bahan mentah dalam industri, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memanimakan penggunaan sumber bahan api.

Sejak berkembangnya penggunaan sumber bahan api fosil secara global, inovasi kepada sumber tenaga lestari dikalangan masyarakat dunia seakan – akan hilang. Ini disebabkan pergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan api fosil. Manakala pembangunan rekacipta dan inovasi sumber tenaga lestari kelihatan agak pegun. Manusia lebih banyak menumpukan kepada peralatan, mesin, loji dan kenderaan pengangkutan yang menjadikan bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama.

http://reneriv33.files.wordpress.com/2009/03/solar-power1.jpg

Kesedaran mengenai kelestarian tenaga sebenarnya pernah disuarakan seawal tahun 1873 oleh Augustine Mouchot seorang Jurutera dari perancis yang menyatakan bahawa “Masanya akan tiba apabila industri di Eropah akan menguncup untuk mencari sumber – sumber asli,yang diperlukan oleh mereka. Petroleum dan arang batu tidak kehabisan tetapi dengan pantas akan berkurangan dikebanyakan tempat. Adakah manusia akan kembali semula kepada tenaga air dan angin ? Atau manusia mungkin bertukar menggunakan sumber tenaga kuasa yang paling hebat iaitu haba yang memancar ke bumi ? Sejarah akan menunjukan apa yang akan berlaku.”

Sehinggalah era tahun 1980an manusia mulai sedar untuk melakukan penyelidikan dan inovasi baharu. Ini berikutan krisis tenaga yang mula menghantui dunia bermula pada tahun 1973. Manusia mulai bimbang dan menjangkakan krisis tenaga akan mencengkam kehidupan manusia di masa depan. Pada masa itu tenaga boleh diperbaharui seperti angin, ombak dan solar mula diperkenalkan di negara maju. Tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) dilihat menepati ciri yang diiktiraf sebagai tenaga lestari. Ini kerana ia bertepatan dengan prinsip pembangunan lestari.

Walaubagaimanapun penggunaanya masih belum meluas. Sehingga tahun 2004 penggunaan tenaga boleh diperbaharui adalah sebanyak 13.6 %. Sekiranya inovasi tidak dilakukan masyarakat dunia bakal berhadapan dengan persaingan untuk mendapatkan keperluan sumber tenaga dan krisis alam sekitar yang semakin teruk pada masa akan datang.

Bagi menyokong aktiviti rekacipta dan inovasi terdapat empat aspek yang perlu dibangunkan dan diberi keutamaan. Iaitu teknologi, modal insan, pelaburan dan polisi. Melalui teknologi, manusia boleh melakukan penyelidikan dan pembangunan bagi melakukan rekacipta dan inovasi terhadap sumber tenaga lestari. Kelengkapan makmal yang khusus untuk mengadakan penyelidikan amat diperlukan. Tanpa sebarang teknologi suatu penciptaan baharu dan inovasi agak mustahil untuk dijayakan.Teknologi boleh diibaratkan sebagai pemangkin untuk mempercepatkan aktiviti rekacipta dan inovasi.

Modal insan, pula lebih merujuk kepada ilmu dan kemahiran manusia untuk melakukan rekacipta dan inovasi. Dalam hal ini pembangunan modal insan harus digembeling dengan memperbanyakan kursus yang menawarkan ilmu dan kemahiran baharu terutamanya dalam bidang kejuruteraan nano, bioteknologi dan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy). Penyelidikan diperingkat institusi pengajian tinggi harus disemarakan dengan baik. Pertandingan rekacipta dikalangan penyelidik harus dibudayakan bagi menyuburkan budaya rekacipta dan inovasi. Walaubagaimanapun, penyelidikan dalam bidang sumber tenaga lestari tidak seharusnya dijadikan kajian ilmiah untuk pertandingan semata – mata. Malah ia perlu mampu dipaten dan dikomersilkan dengan baik.

Salah satu aspek yang penting juga ialah pelaburan, ia merupakan modal penting dalam menjayakan suatu penyelidikan rekacipta dan inovasi. Proses rekacipta dan inovasi memerlukan masa penyelidikan yang agak lama. Ia melibatkan pembangunan infrastruktur, prototaip, model dan lojipandu. Ia sudah tentu memerlukan kos yang agak tinggi. Dalam hal ini keberanian untuk melabur dalam bidang penyelidikan amat dituntut sekali.

Disamping itu juga polisi dan dasar berkaitan penggunaan dan pembangunan sumber tenaga disesebuah negara juga menjadi faktor penggerak kepada rekacipta dan inovasi sumber tenaga lestari. Polisi kerajaan yang memberikan penumpuan terhadap penggunaan tenaga yang boleh menjamin kelestarian alam sekitar amat diharapkan. Ini termasuklah dengan memberikan insentif kepada industri yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan penggunaan tenaga.

Ia sekaligus akan merangsang masyarakat untuk melakukan aktiviti penyelidikan dalam penggunaan sumber tenaga lestari seperti tenaga solar, hidrogen, biojisim, geoterma, angin dan ombak. Pelan tindakan dan perancangan ke arah penggunaan sumber tenaga lestari seharusnya di terapkan dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh itu polisi dan dasar pembangunan tenaga yang menjurus kepada penggunaan tenaga lestari harus diwujudkan sebagai polisi dan dasar sesebuah negara.

Dalam konteks negara kita budaya inovasi dalam bidang teknologi perlu disuburkan . Mengikut kajian yang dijalankan oleh Economist Intellgence Unit yang berpusat di London, Malaysia tersenarai ditempat ke 31 daripada 82 negara mengikut kedudukan Indeks Prestasi Inovasi dengan Negara Jepun, Switzerland dan Findland menduduki tempat tiga teratas. Indeks prestasi ini dihunaka untuk mengukur output inovasi yang dihasilkan oleh sesebuah negara berdasarkan data paten antarabangsa. Secara perbandinganya Jepun di tempat teratas mempunyai indeks paten inovasi sebanyak 1,274.533 paten per sejuta orang dan Malaysia 4.237 paten per sejuta orang.

Sejajar dengan usaha untuk membangunkan tenaga lestari seluruh dunia wajib mengurangkan pergantungan kepada penggunaan bahan api fosil. Usaha inovasi harus dilakukan dengan bersungguh – sungguh untuk memastikan sumber tenaga lestari dapat dibangunkan sesuai untuk keperluan generasi kini dan akan datang. Hal ini menuntut untuk para penggubal dasar, ahli ekonomi, jurutera dan saintis berganding bahu melipatgandakan usaha bagi menjayakan aktiviti rekacipta dan inovasi untuk sumber tenaga lestari.


Rujukan :


[1] Jose Goldemberg. “Energy Choices Toward A Sustainable Future”. Environment Magazine
Disember 2007.

[2] Bruntland, G (ed) (1987). “Our Common Future”: The World Commission on Environment

and Development, Oxford: Oxford University Press.

[3] Solar, Wind and Bioenergy

http://www.runet.edu/~wkovarik/envhist/RenHist/index.html - diakses pada 17 Ogos 2009.

[4] Global Status Report on Local Renewable Energy Policies , 12 June 2009

Comments and Additional Information Invited, The Insititute of Sustainable Energy Policy .

[5] Economist Intelligence Unit Limited. A new ranking of the world’s most innovative countries.

The Economist April 2009.

[6] Zaini Ujang, “
Lima pendekatan bina budaya inovatif Malaysia”,Berita Harian 15, Ogos 2009

Sabily-Ubuntu versi islamik

Sabily diambil dari Bahasa Arab bermaksud – Jalan, dalam Bahasa Melayu.




Sabily adalah sebuah sistem operasi seperti microsoft window dan Mac OS X. Tanpa sistem operasi ini sebuah komputer akan menjadi tidak berguna. Perlu diingat bukan Window sahaja yang terdapat di dunia ini untuk di jadikan OS komputer anda, ada banyak lagi OS yang dibangunkan secara percuma seperti Ubuntu,Opensuse,Slax, dan berbagai yang lain lagi.

Antara yang menarik Ubuntu Muslim Edition – Sabily. Dibangunkan khas untuk orang Islam. Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.


Software biasa yang dimasukkan seperti OpenOffice (word processor, spreasheet, presentation), Firefox (web browser), Pidgin (instant messaging), F-spot (photos management), Gimp (image manipulation program) dan software multimedia lain.


Sabily ini mengambil contoh dari Ubuntu dan mengubahsuai menjadi OS edisi muslim dan yang lebih menarik lagi, Sabily ini dibina oleh sukarelawan dari seluruh dunia. Anda juga boleh terlibat dalam membentuk versi Sabily yang lebih baik lagi.


Berminat??silalah download..ada 3 cara download..salah satunya kita boleh download pakai torrent,dan failnya sekitar 3Gb...


Anda perlu download fail ISO Sabily dan burn ke DVD, kemudian boot atau start komputer anda dengan DVD tersebut, boleh memilih sama ada ingin install atau mencuba terlebih dahulu. Jangan risau, jika anda mencuba, ia tidak mengganggu sistem operasi sedia ada. Anda juga boleh mencuba terus didalam windows dengan menggunakan Virtual Box image tanpa mengganggu sistem operasi windows anda.




Facebook..

Bila berbicara mengenai laman web sosial sesiapa sahaja mesti pernah terdengar mengenai facebook bukan?Lebih-lebih lagi anda sebagai mahasiswa yang senantiasa bergelumang dengan sains dan teknologi.Ya..Anda..yang sedang membaca info ini jika anda adalah seorang mahasiswa fakulti sains,tetapi kami tidak mendiskriminasi pelajar daripada fakulti yang lain atau pengunjung yang tidak ada kena mengena dengan UPSI..Kami mengalu-alukan kedatangan anda..

Apakah facebook?Semakin hari semakin terkenal di pelosok dunia lebih-lebih lagi apabila kebanyakan filem dari Amerika Syarikat menyelitkan adegan lucu dan dikaitkan dengan facebook seperti dalam filem Superhero Movie.Bagi pengguna internet yang sebelum ini aktif di friendster,myspace,Xanga,Hi-Fi dan juga tagged,facebook adalah pilihan terbaru yang harus dimiliki dan juga menjadi trend semasa kerana ciri-ciri istimewa yang ditampilkan oleh facebook itu sendiri..

Baca artikel dibawah..

Utusan:Facebook perkenal kawalan baru rahsia peribadi

NEW YORK 3 Julai - Facebook sedang membaik pulih sistem kawalan kerahsiaan, dalam beberapa minggu akan datang sebagai usaha memudahkan keupayaan mengawal oleh penggunanya untuk menentukan golongan pengguna yang boleh atau tidak boleh melihat maklumat yang dikongsi dalam laman itu.

Kerahsiaan sudah menjadi perkara utama dan sering menjadi isu sensitif bagi Facebook kerana ramai orang menggunakannya untuk berkongsi maklumat peribadi dengan rakan-rakan dan keluarga serta orang lain.

Namun, setelah perkhidmatan rangkaian sosial yang berusia lima tahun itu memperluaskan pangkalan pengguna dan ciri-cirinya telah ditambah, menyebabkan kawalan kerahsiaan menjadi semakin rumit.

Syarikat Palo Alto yang berpusat di California semalam berkata, penyediaan kawalan baru itu akan memberikan pengguna lebih banyak keupayaan untuk mengawal sebarang gambar, mengemas kini maklumat dan maklumat peribadi yang mereka kongsi dengan rakan-rakan, keluarga dan orang yang tidak dikenali di dalam Facebook dan seterusnya melalui Internet.

Bagi menghasilkan kawalan yang lebih mudah, Facebook telah menggabungkan enam halaman rahsianya dan lebih daripada 30 kawalan menjadi satu halaman rahsia tunggal.

Pilihan itu juga akan diselaraskan bagi setiap kawalan supaya pilihan itu sentiasa sama, sesuatu yang tidak berlaku sebelum ini.

Ini bermakna bahawa untuk setiap bahan kandungan, pengguna boleh menekan butang ikon kunci untuk memilih sama ada mahu menunjukkannya kepada semua orang, atau hanya kepada rakan-rakan mereka atau rakan kepada rakan, teman sekerja atau sekolah atau kumpulan orang yang senarai terpilih.

Sebelum ini, pengguna terpaksa melayari dari satu halaman ke satu halaman untuk membolehkan atau menidakkan seseorang memasuki halaman mereka dan melihat gambar-gambar mereka, maklumat yang dikemas kini atau rangkaian yang dikongsi.

Dan kerana kawalan kerahsiaan itu telah tersebar dalam halaman-halaman yang berbeza-beza, malah selepas menghasilkan profil yang hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan sahaja, gambar-gambar dalam profil tersebut masih boleh dilihat oleh orang lain.

Ketua Pegawai Kerahsiaan Facebook, Chris Kelly memberitahu persidangan yang dihadiri pemberita, berkata, perubahan tersebut tidak ada kaitan dengan pengiklanan atau maklumat Facebook yang akan dibuka kepada pengiklan.

Tambahnya, laman itu mahu orang ramai "boleh berkongsi maklumat dengan ramai orang atau hanya dengan orang yang mereka pilih sahaja."

Satu daripada kebanyakan rahsia penting Facebook yang telah disalah guna ialah alat pengesan yang dikenali sebagai Beacon iaitu pada lewat 2007, yang disiarkan oleh stesen penyiaran mengenai kegiatan pengguna di luar laman web itu, termasuk aktiviti pengguna membeli hadiah percutian bagi mereka yang boleh melihat maklumat tersebut

Syarikat akhirnya membenarkan pengguna untuk menutup Beacon itu. - AP

Sedikit hiburan..Hayati lirik dan mesej yang disampaikan oleh mereka..


Saintis Malaysia pecah teori sains

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my

SAINTIS tempatan, Dr Gabriel Walter melakar sejarah dalan dunia saintifik apabila mencipta Transistor Pemancar Cahaya (LET) yang mampu beroperasi pada gelombang 4.3GHz dan 7GHz jika menggunakan Diod Pemancar Cahaya (LED).


Sebelum ini, industri sains mempercayai perkakasan cahaya spontan yang efisien tidak boleh beroperasi pada gelombang melebihi 1GHz namun selepas lima tahun kajian dijalankan, Walter memecahkan teori terbabit.


Beliau yang juga pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Electro Opto Systems (QEOS) Sdn Bhd, berkata LED QEOS berkelajuan gigabit adalah perkakasan unik kerana kosnya yang rendah untuk dihasilkan serta mudah digunakan seperti didapati pada mentol lampu.

"Tentunya ia akan mencetuskan tekanan pada harga produk berkaitan dalam pasaran elektronik," katanya yang bekerjasama dengan universiti terkemuka, University of Illinois Urban Champaign (UIUC) bagi penemuan itu.

Katanya, bagi penggunaan gentian optik, LED mampu memberi penjimatan tenaga sebanyak 90 peratus berbanding dengan penyelesaian optikal sedia ada.

"Ketika masyarakat bercakap mengenai penjimatan tenaga dan isu pemanasan global, penemuan ini dilihat penting dalam teknologi alam sekitar dengan menawarkan produk 'hijau' yang menawarkan kos berpatutan.

"LED berkelajuan tinggi itu bakal merubah senario biasa yang dilihat pada kabel konvensional pada televisyen dan monitor. Ia bakal merubah segala-galanya," kata Walter.

Penyelidikan Walter turut terpilih untuk dimuatkan dalam jurnal teknikal yang memiliki edaran paling tinggi di dunia, Applied Physics Letters bagi edisi 15 Jun 2009.

Walter berkata, penerbitan kejayaan LET kelajuan tinggi 4.3 GHz dalam jurnal itu satu pencapaian yang besar kerana perkakasan berkenaan mempunyai kemampuan tambahan untuk menyatukan optoelektronik.

"Seperti juga transistor kepada dunia elektronik, alat ini memberi fungsi yang sama kepada dunia optoelektronik. Potensi aplikasinya tiada batasan," katanya.

Sekurang-kurangnya empat paten penting difailkan pasukan QEOS-UIUC untuk melindungi penemuan berkenaan.


UTUSAN:Saintis Malaysia lakar sejarah bidang fizik


DR. GABRIEL WALTER (tengah) bersama Profesor Nick Holonyak Jr (kanan) dan Profesor Milton Feng di University of Illinois Urbana Champaign, Amerika Syarikat.


Malaysia melakar sejarah saintifik baru-baru ini melalui inisiatif Program Brain Gain Malaysia (BGM) apabila sebuah syarikat tempatan bergabung dengan universiti terkemuka, University of Illinois Urbana Champaign (UIUC) dalam bidang kejuruteraan cahaya.

Pencapaian tersebut dicatat oleh seorang pakar tempatan, Dr. Gabriel Walter, yang baru kembali ke negara ini dan juga, pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Electro Opto Systems (QEOS) Sdn. Bhd. dengan kejayaan di persada teknologi antarabangsa. Beliau menjadi salah seorang anggota pasukan mencipta alat pemancar cahaya spontan terlaju di dunia yang mampu memancarkan cahaya pada kelajuan sehingga 7 GHz.

Selama lebih 40 tahun, komuniti saintifik mempercayai bahawa alat cahaya spontan yang efisien tidak boleh beroperasi pada gelombang lebih 1 GHz.

Selepas penyelidikan asas lebih lima tahun yang dimulakan di UIUC pada 2004, pasukan QEOS-UIUC membuktikan bahawa Transistor Pemancar Cahaya (LET) mampu beroperasi pada 4.3 GHz, dan seterusnya mungkin pada 7 GHz dengan menggunakan Diod Pemancar Cahaya (LED).

Penyelidikan ini dibiayai oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) melalui dana empat tahun berjumlah RM22.1 juta (AS$6.5) juta dan disokong oleh dana BGM serta Research Army Office.

DARPA merupakan agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bagi pembangunan teknologi baru untuk kegunaan ketenteraan negara berkenaan.

Walter, berbangsa Kelabit dari Sarawak, mencipta kejayaan keduanya apabila penyelidikan tersebut terpilih bagi penerbitan jurnal Applied Physics Letters oleh Institut Fizik Amerika, edisi 15 Jun 2009, salah satu jurnal teknikal yang paling tinggi edaran di dunia.

Selain pencipta legenda Profesor Nick Holonyak Jr, Profesor Milton Feng dan Dr. Gabriel Walter, kertas kerja tersebut juga ditulis oleh graduan doktor falsafah UIUC, Chao Hsin Wu dan Han Wui Then, juga dari Malaysia

Menurut Walter, LED QEOS berkelajuan gigabit adalah alat yang unik kerana kosnya yang rendah untuk dihasilkan serta mudah digunakan, seperti mentol lampu.

Katanya, ia akan mencetuskan tekanan pada harga produk dalam pasaran komunikasi data dan elektronik.

Bagi sesetengah penggunaan fiber optik, LED mampu memberi penjimatan tenaga sebanyak 90 peratus berbanding dengan penyelesaian optikal yang sedia ada.

Pada zaman di mana penjimatan tenaga dan isu pemanasan global merupakan satu kepentingan, penemuan sedemikian dilihat sebagai amat penting dalam teknologi alam sekitar.

"LED berkelajuan tinggi ini merupakan produk 'hijau' yang menawarkan kos yang berpatutan, mesra alam dengan nilai estetika. Kabel yang biasa digunakan bagi televisyen dan monitor akan menjadi satu perkara yang lalu" kata Walter yang juga ketua penulis dan saintis Brain Gain Malaysia yang bertugas di Amerika Syarikat.

Hanya 52 daripada 10,000 kertas kerja yang dikemukakan kepada Applied Physics Letters setiap tahun terpilih untuk disiarkan pada muka depan jurnal ini.

Penerbitan kejayaan LET kelajuan tinggi 4.3 GHz dalam jurnal tersebut merupakan satu pencapaian yang besar kerana alat ini mempunyai kemampuan tambahan untuk menyatukan optoelektronik.

Seperti juga transistor kepada dunia elektronik, alat ini memberi fungsi yang sama kepada dunia optoelektronik. Potensi aplikasinya tiada batasan" tambah beliau.

Sekurang-kurangnya empat paten yang penting telah difailkan oleh pasukan QEOS-UIUC untuk melindungi penemuan ini.

Sejak 2003, 18 paten telah difailkan oleh UIUC dan QEOS-UIUC.

Beribu pejabat di Ayer Keroh, Melaka, QEOS ditubuhkan pada 2004 melalui Program Brain Gain Malaysia, inisiatif eksperimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Holoyank Jr. yang juga Pengasas QEOS dikenali di seluruh dunia sebagai bapa Industri Optoelektronik dan pencipta LED.

Feng pula pakar teknologi gelombang mikro terkenal dunia dan pemegang rekod transistor terlaju di dunia.

Sejarah QEOS bermula pada Julai 2007 di Chicago, AS , apabila Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) mengatur pertemuan antara Walter dan pegawai dari MOSTI, Ooi Goan Lee ketika beliau mempromosi program Brain Gain Malaysia di AS.

Program tersebut merupakan insentif bagi saintis dan penyelidik warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan berkhidmat dalam bidang teknologi komersial untuk membantu Malaysia ke arah mencapai ekonomi yang berlandaskan inovasi.

Menurut Walter, kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Melaka akan dipertingkatkan dan dibangunkan dalam masa lima tahun bagi menampung kerja-kerja pembangunan produk canggih dan aplikasi.

Selain itu, kerja-kera lain melibatkan analisis dan ciri-ciri alat, reka bentuk dan susun atur alat, reka bentuk epilayer semi-konduktor, pembangunan pembungkusan produk serta analisis dan ciri produk.

"Melaka akan menjadi ibu pejabat bagi penyelidikan dan pembangunan QEOS. Kini kami sedang mengatur pelaburan dari dalam dan luar negara untuk merealisasikan ini," tambah Walter.

Berdasarkan catatan pencapaian, pada 2008, Walter bersama Holonyak dan Feng menubuhkan Quantum Electro Opto Systems Sdn. Bhd. bagi meneliti dan mengkomersilkan peluang-peluang baru bagi optoelektronik berkelajuan tinggi dan litar bersepadu yang diupayakan oleh laser transistor serta LET.

Dari 2004 hingga 2008, Walter juga berkhidmat sebagai Jurutera Penyelidikan Kanan di Trace Photonics Inc., yang mana beliau telah membangunkan sumber kuasa radioisotop jangka panjang.

Bersama pasukan kejuruteraan Trace, mereka merupakan menjadi kumpulan pertama dan satu-satunya yang membuktikan kecekapan stabil penukaran tenaga melebihi 20 peratus.

Hasil kerja beliau telah diulas menerusi lebih 40 jurnal dan menghasilkan dua paten (tujuh masih dalam proses). Pada 2003, beliau menerima Anugerah Kontraktor Cemerlang daripada DARPA Bio-Optoelectronic Sensor System (BOSS) Center. Dr Gabriel juga merupakan ahli Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE).

Sementara itu, penyelidik-penyelidik yang beroperasi di Illinois akan meneruskan usaha membangunkan konsep canggih dan model berdasarkan teori, model gelombang mikro, proses semi-konduktor canggih dan ciptaan alat-alat berkaitan.

Skoliosis

96

Penyakit ini tidak diberi perhatian oleh masyarakat kita,tetapi bagi mereka yang mengalami masalah bantut,hampir keseluruhan mereka berpotensi besar menghidap penyakit ini..Saksikan video-video dibawah..

Bagi mereka yang lemah semangat dinasihatkan tidak melihat video pertama ini..


Video kedua ini adalah UMUM..sesuai untuk semua lapisan masyarakat


Kesan penyakit
Tulang akan mendesak dan mengganggu…
Sukar bernafas
Fungsi jantung menurun…
Pencernaan bermasalah…
Tubuh tidak bebas bergerak…
Nyeri dan ngilu dari belakang kepala sampai tulang ekor…
Bahkan boleh menjadi lumpuh…
Penyakit ini tidak boleh diubati,tetapi boleh dibetulkan possisinya melalui pembedahan yang disokong oleh besi2 diikat pada tulang belakang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini klik DISINI

Biarkan baterinya penuh..

Sedikit info mengenai telefon bimbit dan nasihat kepada mereka yang suka membuat panggilan sama ada video atau suara (dalam kata mudahnya suka bergayut) semasa sedang mengecas baterinya,AWAS!!Hal yang sedemikian mungkin akan menimpa anda kelak..Mencegah lebih baik daripada merawat..Ingat madah pujangga ini, "Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya".-PMS UPSI



A few days ago, a person was recharging his mobile phone at home.

handphone dangerous @ hot pictures

Just at that time a call came in and he answered it with the Instrument still connected to the outlet.

handphone dangerous @ hot pictures

After a few seconds electricity flowed into the cell phone unrestrained and the young man was thrown to the ground with a heavy thud.

His parents rushed to the room only to find him unconscious, with a weak heartbeat and burnt fingers.

handphone dangerous @ hot pictures

He was rushed to the nearby hospital, but was pronounced dead on arrival.

Cell phones are a very useful modern invention.

handphone dangerous @ hot pictures

However, we must be aware that it can also be an instrument of death.

Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!


Sumber:blalang.com

vaksin untuk jemaah haji..

Baru-baru ini negara kita digemparkan kembali mengenai isu lama yang telah diterangkan yakni mengenai vaksin untuk para jemaah haji.Ikuti ulasan berita terbaru daripada akhbar kosmo.



KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).

Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.

Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji menjelaskan vaksin yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini juga telah diputuskan halal oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali Ke-53 pada 2002.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, Abdul Rashid Hussein berkata, vaksin anti meningococcal meningitis itu juga mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kedua-dua badan itu (jawatankuasa fatwa dan KKM) juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah bebas daripada sumber haram dan bukan daripada sumber haiwan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Batam Pos Indonesia yang melaporkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji kerana mengandungi enzim babi.



Dan ini pula artikel daripada Berita harian pada Dis 2002.Jadi mengapa perlu risau,kerana negara kita sangat menitikberatkan perkara ini.Harap segalanya berjalan dengan lancar buat para jemaah haji kita kelak,amin..



Bekalan vaksin Mencevax mencukupi
Berita Harian, 3 Dis 2002
Oleh Ismail Mat


MUAR, Isnin: Kementerian Kesihatan menyediakan lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat menunaikan haji di Makkah, bulan depan.

Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah mendapatkan vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi.

"Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk mengerjakan haji atau umrah.

"Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi.

Persatuan Keturunan Chua Chiyang diasaskan oleh Kapitan Muar, Chua Tuah Soon, pada 1887 dan sehingga kini mempunyai kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara,

Chua berkata, umat Islam dan bakal haji di negara ini sewajarnya tidak meragui vaksin Mencevax kerana ia disahkan harus, berbanding Monumune yang diharamkan.

Beliau berkata, Malaysia tidak membekalkan vaksin Monomune dan memberi jaminan kepada semua bakal haji mereka tidak perlu meragui vaksin anti-meningitis yang diambil dari klinik atau hospital kerajaan.

"Hospital dan klinik kerajaan tidak akan mengenakan bayaran terhadap bakal haji bagi pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma," katanya.

Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya oleh umat Islam yang mahu mengerjakan haji dan umrah.

Ini kerana vaksin jenama berkenaan didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa daripada susu, lemak dan jantung lembu.

Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.

Pengerusi majlis itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata keputusan menghalalkan penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambil kira maklumat Bahagian Kawalan penyakit dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.

"Penggunaan vaksin jenama Mencevax itu harus, bukannya halal kerana ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan sama ia disembelih atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, kerana hanya ada dua jenama saja yang didaftarkan dan boleh didapati dalam pasaran, jenama yang tidak langsung menggunakan sumber babi iaitu Mencevax diharuskan," katanya.

RAHSIA AIS YANG KURANG DIKETAHUI???

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.

Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Tips: Elakkan Penipuan Di Maybank2U

Maybank2u


Hello internet! Kawan kepada seorang kawan baru-baru ini telah kehilangan RM2,000 melalui Maybank2U yang tidak pernah dia daftar. Ini ada sedikit tips dari apa yang aku tahu buat mereka yang memiliki akaun Maybank & sayangkan duit hasil titik peluh.


#1 Jika anda tiada akaun online Maybank2U, baik anda ke ATM sekarang & daftar walaupun anda tidak menggunakan’nya. Ada kemungkinan orang lain (orang dalam.. mungkin) yang akan daftarkan bagi pihak anda tanpa pengetahuan.


#2 Segala transaksi melalui Maybank2U akan menjalani satu proses pengesahan kod yang di’hantar ke telefon bimbit empunya akaun. Jika anda daftar Maybank2U, segala transaksi akan anda ketahui.


#3 Maybank2U walaupun sebuah kemudahan online, ia tidak pernah di’hubungkan dengan e-mail empunya akaun. Anda ada hak untuk tidak memberi e-mail kepada pihak bank jika di’minta. Nyatakan anda lebih senang di’hubungi menerusi telefon jika apa-apa hal.


#4 Tidak ada sesiapa dari Maybank yang boleh memberikan arahan kepada anda untuk memasukkan username & password dengan menghubungi anda melalui e-mail atau telefon. Anda akan di’panggil ke cawangan Maybank berdekatan jika ada apa-apa masalah berkaitan akaun.


#5 Anda boleh login akaun Maybank2u di alamat www.maybank2u.com.my sahaja. Lain-lain daripada itu, jangan percaya atau anda sedang sukarela menyerahkan duit kepada penjenayah internet.


#6 Hubungi 1-300-88-6688 jika anda rasa was-was dengan kesahihan e-mail yang anda terima berkaitan Maybank. Double-check orang kampung aku kata.


#7 Jangan guna Maybank. Heh. Tidak’lah, CIMB & mana-mana bank juga mempunyai masalah yang sama cuma bilangan’nya kurang. Yang penting kesedaran diri kita tentang bagaimana sistem ini berjalan


Sumber:MohdIsmail.Net

Test Your AntiVirus


Ada yang mengatakan blog PMS ini bosan dan sebagainya.
Kami menghargai segala kritikan anda,oleh sebab itu kami cuba membawakan sesuatu yang segar dan agak kurang diperkatakan.Oleh itu,pada kali ini kami di PMS ingin mengetengahkan satu teknik yang boleh dugunapakai oleh sesiapa sahaja untuk mencuba keberkesanan antivirus masing-masing..

Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.
Copy kod di bawah di dalam notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)

Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memadamnya (delete). So my anti virus berfungsi.

Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek(tiada respon),bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mulakan updated anti virus anda atau cari anti virus baru.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).

Satelit berlanggar

Satelit AS, Russia berlanggar



LAKARAN artis Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menunjukkan bumi dikelilingi 18,000 objek termasuk satelit.

MOSCOW: Satelit Amerika Syarikat dan Russia berlanggar di angkasa lepas buat kali pertama dalam sejarah menyebabkan sisa serpihannya mungkin mengancam pesawat lain di orbit, kata pakar dua negara itu.

Buat masa ini, ia tidak memberi risiko besar kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mempunyai tiga krew, dua daripada mereka angkasawan Amerika, kata jurucakap Kawalan Misi Russia, Valery Lyndin.

Perlanggaran berlaku pada 1700 GMT di ruang angkasa utara Siberia membabitkan satelit Iridium LLC dan satelit tentera Cosmos-2251 kira-kira 780 kilometer di ruang Artik Russia.


Ketinggian berkenaan biasanya digunakan satelit memantau cuaca, menyampaikan komunikasi dan melakukan pemerhatian saintifik.


“Orbit itu memang penting bagi satelit. Kami percaya ini kali pertama dua satelit berlanggar di orbit,” kata Kolonel Les Kodlick dari Ibu Pejabat Strategik Amerika.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas Amerika kini memantau 500 hingga 600 serpihan satelit berkenaan, ada sekecil 10 sentimeter selain 18,000 objek buatan manusia lain di angkasa lepas, katanya.

Unit Tentera Angkasa Russia berkata, ia juga memantau pergerakan serpihan berkenaan pada ketinggian 500 kilometer dan 1300 kilometer di ruang angkasa bumi.


Keutamaan diberi kepada keselamatan ISS yang berada di orbit 350 kilometer di bawah lokasi perlanggaran.

Lyndin berkata, pemantauan serpihan tertumpu kepada usaha memastikan tiada serpihan itu mendekati ISS. Stesen itu juga mengubah orbit bagi mengelak serpihan satelit berkenaan. - Reuters/AP



Ibnu Haytam & Fotografi



7a.jpg

Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh: Amir Ridhwan


Beliau adalah seorang keturunan Iraq yang lahir di Basra pada tahun 965 masihi. Beliau dikenali di zamannya sebagai cendikiawan Islam tersohor dan oleh saintis sedunia sebagai bapa optik moden.


Apa yang menarik tentang beliau ialah sumbangannya terhadap kajian optik yang mana ratusan tahun selepas itu menjadi asas kepada fotografi. Dalam kitabnya berkenaan kajian optik, Ibnu Haytam telah menggariskan beberapa teori dan eksperimen tentang sifat cahaya seperti kesan biasan dan pantulan. Ratusan tahun sebelum kelahiran saintis terkemuka Sir Isaac Newton, Ibnu Haytam telah menulis tentang sifat cahaya yang hanya bergerak dalam garis lurus dan mempunyai ciri-ciri zarah.


Bahkan Kitab Optik (Al-Manazir) tulisan beliau telah diletakkan sama taraf dengan karya agung Sir Isaac Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, kerana sumbangannya yang sangat besar kepada asas fizik sedunia.


Fotografi terbit daripada ciptaan kamera lubang jarum. Sesiapa yang pernah mempelajari teori berkenaan kamera lubang jarum tentu jelas tentang sifat imej yang terbentuk- lebih kecil dan terbalik secara vertikal. Ciri-ciri ini telah dijelaskan dengan kaedah saintifik oleh Ibnu Haytam yang m ana membolehkan pengiraan jitu dilakukan untuk membuat lensa yang sesuai.


Walaupun kemungkinan besar beliau tidak pernah terfikir bahawa imej tersebut satu hari nanti dapat diabadikan sebagai foto, kerja asas untuk mencipta kamera telah dihuraikan dalam tulisan beliau.


Sepanjang hayat beliau dipercayai telah menulis lebih 200 buku namun kebanyakannya telah musnah. Sebahagian besar buku yang selamat hanyalah salinan yang telah dialih bahasa ke Latin dan Hebrew (Yahudi) ketika Perang Salib. Jika orang German pandai cipta lensa dan orang Jepun pandai cipta kamera, sekurang-kurangnya mereka belajar daripada kajian orang Islam juga.

HyperTension..

Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.



Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)


Tekanan Darah Abnormal

Kategori

Sistolik


Diastolik

Normal

bawah 120

dan

bawah 80

Pre-hypertensi

120 - 139

atau

80 - 89

Hypertensi

140 dan keatas

atau

90 dan keatas

Hypertensi sistolik

160 dan keatas

dan

bawah 90


Penyebab-penyebab

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)


Tanda & dan gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.


Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.


Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara

  • Rawatan tanpa ubatan
    • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
      • Kurangkan pengambilan garam
      • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
      • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
      • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
      • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan

http://www.infosihat.gov.my/

Dapatkan Windows Live Hotmail secara PERCUMA di UPSI PORTAL!!








Berita baik untuk anda warga UPSI kerana pihak pentadbiran UPSI
telah menyediakan satu kemudahan email yang membolehkan kita menyimpan
storage sehingga lebih 4GB tanpa perlu merasa bimbang jika terlupa membawa pendrive dan sebagainya.

Amat mudah dan ringkas..Hanya perlu mendaftar di upsi Portal..
Ianya juga mempunyai sistem security yang tinggi dan sukar utk di SPAM.

Hanya perlu buka web upsi portal melalui account anda.
Seterusnya Click pada ICON Services dan select Student Email.

Tetapi anda perlu Sign Up terlebih dahulu..
Baca T&C (terms and Conditions)terlebih dahulu..

Nah..akaun anda akan aktif serta merta dan boleh digunakan..
Selamat mencuba...


Keistemewaan:

Boleh guna Hotmail address anda utk Sign In dlm Windows Live services
seperti IM(instant messaging yang paling hangat di dunia,400juta username berdaftar)





dan SkyDriveTM (which provides us free online storage space for our files)
-Boleh upload sehingga 50MB file dan storage online sebanyak 5GB!!

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB