Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

vaksin untuk jemaah haji..

Baru-baru ini negara kita digemparkan kembali mengenai isu lama yang telah diterangkan yakni mengenai vaksin untuk para jemaah haji.Ikuti ulasan berita terbaru daripada akhbar kosmo.



KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).

Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.

Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji menjelaskan vaksin yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini juga telah diputuskan halal oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali Ke-53 pada 2002.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, Abdul Rashid Hussein berkata, vaksin anti meningococcal meningitis itu juga mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kedua-dua badan itu (jawatankuasa fatwa dan KKM) juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah bebas daripada sumber haram dan bukan daripada sumber haiwan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Batam Pos Indonesia yang melaporkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji kerana mengandungi enzim babi.



Dan ini pula artikel daripada Berita harian pada Dis 2002.Jadi mengapa perlu risau,kerana negara kita sangat menitikberatkan perkara ini.Harap segalanya berjalan dengan lancar buat para jemaah haji kita kelak,amin..



Bekalan vaksin Mencevax mencukupi
Berita Harian, 3 Dis 2002
Oleh Ismail Mat


MUAR, Isnin: Kementerian Kesihatan menyediakan lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat menunaikan haji di Makkah, bulan depan.

Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah mendapatkan vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi.

"Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk mengerjakan haji atau umrah.

"Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi.

Persatuan Keturunan Chua Chiyang diasaskan oleh Kapitan Muar, Chua Tuah Soon, pada 1887 dan sehingga kini mempunyai kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara,

Chua berkata, umat Islam dan bakal haji di negara ini sewajarnya tidak meragui vaksin Mencevax kerana ia disahkan harus, berbanding Monumune yang diharamkan.

Beliau berkata, Malaysia tidak membekalkan vaksin Monomune dan memberi jaminan kepada semua bakal haji mereka tidak perlu meragui vaksin anti-meningitis yang diambil dari klinik atau hospital kerajaan.

"Hospital dan klinik kerajaan tidak akan mengenakan bayaran terhadap bakal haji bagi pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma," katanya.

Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya oleh umat Islam yang mahu mengerjakan haji dan umrah.

Ini kerana vaksin jenama berkenaan didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa daripada susu, lemak dan jantung lembu.

Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.

Pengerusi majlis itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata keputusan menghalalkan penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambil kira maklumat Bahagian Kawalan penyakit dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.

"Penggunaan vaksin jenama Mencevax itu harus, bukannya halal kerana ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan sama ia disembelih atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, kerana hanya ada dua jenama saja yang didaftarkan dan boleh didapati dalam pasaran, jenama yang tidak langsung menggunakan sumber babi iaitu Mencevax diharuskan," katanya.

1 comments:

Poliklinik Az-Zaara said...

Dapatkan vaksin umrah di Poliklinik Az-Zaara Ampang. Hanya RM135 tahan 5 tahun. Original.
Call 0342663686/01152300300
Facebook Poliklinik Az-Zaara
http://www.mudah.my/3D+4D+dan+5D+ULTRASOUND+SCAN-43417325.htm#zxoxBSoGbgOqfX9F.01

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB