Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Tips Jimat Minyak 2

Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil "hypermiling" iaitu untuk mengurangkan penggunaan bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan "auto cruise" jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.



11.Kereta dan motor sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

12.Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

p/s:Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?

Tips menjimatkan petrol...

Walaupun harga Minyak mentah Global telah jatuh ke paras bawah USD36 ketika ini
tetapi ianya masih dianggap terlalu mahal bagi negara pengeluar minyak seperti kita.Sebagai pelajar yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap sememangnya perlu kita berjimat.Jadi di sini terdapat sedikit info untuk menjimatkan minyak.

Isikan petrol ke kereta/motosikal anda pada awal pagi atau malam.
Sebab: Pada suhu yang rendah petrol tidak mudah meruap, jadi anda dapat hampir
jumlah liter petrol yang anda bayar.

Isikan petrol ke tangki secara perlahan
Sebab: Pada pam minyak, biasanya ada tiga tahap kelajuan pam, gunakan yang
paling rendah dan anda boleh mengurangkan kadar kemeruapan petrol.


Isi petrol ketika tangki kenderaan separuh penuh
Sebab: Lebih banyak ruang udara dalam tangki petrol anda, lebih mudah petrol
meruap.


Jangan isi petrol jika anda dapati terdapat lori tangki sedang menambah simpanan petrol di stesen tersebut.
Sebab: Kemungkinan besar ketika mereka sedang menambah stok, keladak akan
terapung dan jika ketika itu anda mengepam petrol, keladak tersebut akan
termasuk sekali ke tangki kenderaan anda!


Semasa hidupkan enjin

Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Sambungan episode 1

Selepas ini mungkin akan diusahakan untuk update episode by episode..
ada yang terlalu panjang dan ada yang pendek..Maaf atas kekurangan ini

TIPS KENDERAAN DITENGGELAMI AIR

Banjir..banjir..banjir..

Itulah fenomena yang biasa dapat dilihat di negara kita
pada setiap tahun lebih-lebih lagi penduduk pantai timur.
Baru-baru ini BernamaTV telah melaporkan kawasan yang berada
pada tahap jingga kerana hujan yang tidak henti-henti akan melanda
beberapa kawasan di Pahang,Kelantan dan Terengganu (termasuk Kuala Terengganu)
juga Kota Tinggi,Mersing dan JB.

Jadi apabila tiba musim banjir ini banyak kerugian terpaksa ditanggung
dengan kos sara diri yang telah meningkat berkali ganda baru-baru ini.
Oleh itu kami Persatuan Mahasiswa Sains UPSI ingin memberi sedikit info berkaitan
cara menyelamatkan kenderaan ketika banjir.

  • Selepas banjir surut, JANGAN CUBA2 MENGHIDUPKAN ENJIN.
Ini boleh menyebabkan aliran elektrik mengalir ke dalam sistem elektronik.Ia juga boleh menyebabkan litar pintas menyebabkan rosak dan kos baik pulih mahal.

  • Membiarkan komponen kereta dalam keadaan kering.

  • Periksa palam pencucuh.Pastikan tidak berair.Jika berair,bermakna air sudah memasuki bahagian dalaman kereta

  • Periksa minyak enjin.Pastikan tidak bercampur air.Lakukan juga pada petrol

  • Setelah semua komponen elektronik kering sepenuhnya selama 2@3 hari,barulah rujuk kepada mekanik yang berpengalaman dan JANGAN CUBA MASUK GEAR Kerana bahagian kotak gear belum diperiksa.

  • Sekiranya enjin boleh dihidupkan,bermakna kos yang ditanggung lebih murah.Tapi lakukan juga pemeriksaan minyak kotak gear kenderaan.Biasanya,minyak gear berwarna merah
Dan jika bercampur air warnanya bertukar sedikit.Sekiranye masuk air,tukar minyak gear,jalankan kerata 2 hingga 5 minit dan periksa balik minyak gear.Ulangi proses ini,sehingga minyak kotak gear tidak bercampur air.Biasanya,proses ini menggunakan 15 atau 20 Liter minyak gear.

  • Sekiranya tiada kerosakan elektronik,jadi kos hanya membabitkan Upah,Minyak Enjin,Minyak Kotak Gear dan beberapa alatan sensitive kepada air sebagai contoh penapis udara.



~Selamat Mencuba demi menjimatkan kos selenggara~

p/s:Jangan terlalu seronok bermain ketika banjir,takut2 ada kebocoran elektrik.Kalau
nak selamatkan kenderaan betul2,parking tempat tinggi.Wallahualam..

SediKit Petua..Rawatan diri..

PETUA MASYARAKAT MELAYU

MASYARAKAT NUSANTARA KHUSUSNYA MELAYU MEMANG TERKENAL DENGAN ADAB2 DAN PETUA YANG DIAMALKAN SEJAK DULU LAGI.PETUA2 INI DIGUNAKAN UNTUK KESIHATAN,KECANTIKAN,AWET MUDA DAN kuat tenaga batin DAN SEBAGAINYA.MALAH PETUA JUGA DIGUNAKAN DALAM MASAKAN UNTUK MENAMBAH SELERA.

SAYA SENDIRI PERNAH TERJUMPA SEORANG NENEK TUA YANG BERUSIA LEBIH SATU ABAD DI KELANTAN.SAYA MEMANGGILNYA DENGAN NAMA TOK.WALAUPUN USIANYA LEBIH SATU ABAD TAPI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN MASIH JELAS LAGI.GIGINYA MASIH TERSUSUN RAPI SEPERTI USIA 20 AN.APAKAH PETUA YANG DIAMALKAN TOK???TENTULAH AMALAN PETUA2 ORANG ZAMAN DULU.TOK TERSEBUT ADALAH PAKAR DALAM AKAR2 KAYU DAN UBAT-UBATAN TRADISONAL.MALAH TOK TERSEBUT JUGA PAKAR DALAM MEMBUAT MINYAK URUT YANG DIPELAJARI DARI ARWAH SUAMINYA....

JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA TAU..KITA BELUM TAHU KELEBIHAN SESEORANG DENGAN MELIHAT LUARAN SAJA.DISINI SAYA AKAN KONGSI KAN BEBERAPA PETUA YANG SAYA DAPAT SEMASA MELAYARI INTERNET DAN PEMBACAAN BUKU..



PETUA KECANTIKAN

Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian anda lumurkanlah pada muka anda.


Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.


Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah


Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.


Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih, gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.


Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Salam Takziah

Seluruh warga PMS mengucapkan salam takziah kepada pelajar pendidikan fizik semester 5, Rahman b. Basri atas pemergian bapa pada 18 disember dan neneknya 23 disember lalu kepangkuan Ilahi. Semoga saudara Rahman yang juga pengerusi Kelab Astronomi UPSI dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah. Kami mendoakan semoga roh kedua bapa dan neneknya dicucuri rahmat. ALFATIHAH...

Ayat-Ayat Cintan...

salam semua..

Kami ingin memperkenalkan sabuah komik yang
pernah menjadi bualan di friendster.Rasanya komik ni
memberi banyak pengajaran berguna kepada kita semua.
Lebih2 lagi bakal guru yang perlu memahami pelbagai
ragam masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Walaupun ini blog persatuan sains,tetapi mana mungkin
kita menafikan berkenaan sosial dan sebagainya dalam kehidupan.
Sosial pun terkandung di dlm skop sains kerana ianya berkaitan dengan
satu kajian.Maka dengan itu saya tampilkan kepada anda semua



KOMIK AYAT_AYAT CINTAN










[klik pada gambar untuk paparan lebih besar]

To be Continue....

DEMONSTRASI B*G*L : Mahasiswa membantah keras hasrat Reformis

http://gmkkl.blogspot.com/

GMUKM (Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) menyifatkan cadangan Reformis (Gerakan Reformis Rakyat Malaysia) mengadakan demonstrasi b*g*l bagi membantah kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat(PPR) sebagai tidak bermaruah dan menyimpang daripada ajaran agama Islam dan adat melayu.


Sememangnya, hak untuk berhimpun telah dijamin oleh Perkara 10 Pelembagaan kita tapi janganlah menggunakan mekanisma b*g*l sebagai cara demonstrasi kerana ia dilihat tidak bertamadun dan lebih buruk daripada binatang. Tambahan lagi, perbuatan berdemonstrasi secara b*g*l yang dilakukan bangsa melayu akan dikenang sebagai satu sejarah yang menjijikkan dan akan diketawakan oleh generasi akan datang. Kita asyik perjuangkan ketuanan dan kewibawaan melayu tetapi kita sendiri melacurkan maruah melayu dengan berb*g*l dijalanan persis perbuatan binatang.


Sebelum ini, Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar menyatakan pihaknya ingin melakukan demonstrasi b*g*l kerana membantah kenaikan sewa itu dari RM 124 kepada RM 250 sebulan oleh kerajaan Selangor. Sepatutnya terdapat saluran yang betul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati seperti mengadakan pertemuan secara tertutup dengan pihak kerajaan negeri Selangor.


Dengan ini GMUKM menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa beliau tidak takut dengan ugutan daripada Reformis untuk mengadakan demonstrasi berb*g*l kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya mengenakan kenaikan sewa kepada mereka yang MAMPU dan bukannya orang miskin.


Walaupun isu kenaikan sewa PPR membebankan rakyat namun ia sudah tidak timbul lagi kerana kerajaan Selangor telah mengumumkan kenaikan Purata Garis Kemiskinan dari RM700 sebulan kepada RM1500 dan kami fikir bahawa lebih ramai lagi yang miskin termasuk mereka yang menghuni di rumah kos sederhana rendah tidak dikenakan kenaikan sewa tersebut.


Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang adakah Reformis benar-benar berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat atau ada kepentingan politik tersembunyi. Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan untuk melancarkan kempen mogok b*g*l ini? Jika benar mereka memperjuangkan nasib rakyat, mengapa tiada bantahan diadakan semasa harga minyak petrol naik mendadak sehingga 78sen seliter? Bukankah itu lebih membebankan rakyat seluruh Malaysia malah ahli Reformis sendiri tidak bersetuju dengan tindakan ini apalagi rakyat Selangor.

Mahasiswa amat kecewa betapa rendahnya maruah bangsa dan agama hingga sanggup digadaikan demi kepentingan pribadi dan politik. Kami menasihatkan agar pihak Reformis mengambil pendekatan yang lebih baik dan rasional dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, memang tidak salah untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat tetapi biarlah kena pada tempatnya.


Dengan itu, kami bagi pihak GMUKM menggesa agar Malis Fatwa Kebangsaan atau mufti negeri mengeluarkan fatwa mengharamkan cara demonstrasi berb*g*l ini yang dilihat bukannya cara manusia normal menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada menimbulkan polemik politik bagi kepentingan pihak tertentu.


PMSUPSI:
Kami juga turut menyokong usul yang disuarakan oleh Gabungan Mahasiswa UKM.Kami tidak mahu golongan seperti ini mempergunakan demokrasi yang ada dengan cara yang menyimpang dengan ajaran Islam.Islam menegah keras penganutnya memperagakan aurat dan sudah terang lagi bersuluh HUKUM HAKAM ini didalam Quran dan juga Hadis tanpa perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa,tetapi apakan daya,kerana jelas menunjukkan terdapat sebilangan rakyat yang masih tidak tahu hukum hakam seperti mana yang berlaku pada isu PENGKID dan juga YOGA,kami berharap agar Majlis Fatwa campur tangan dalam isu besar ini..

~Wallahualam~

Selamat hari Raya Aidil Adha..




Persatuan mahasiswa sains ingin mengucapkan
selamat hari raya aidil adha kepada semua warga UPSI
terutamanya pelajar jurusan sains dan juga pengunjung blog..

Dalam masa yang sama,kami menyeru agar
kita semua berhati-hati semasa di jalan raya
untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini
lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh sekarang banyak
kemalangan dilaporkan.

Kami juga sedih diatas kejadian yang menimpa
nasib penduduk Jalan Bukit Mewah,Bukit Antarabangsa
awal pagi semalam lebih-lebih lagi esok umat Islam
akan menyambut hari Raya Aidil Adha.

Marilah kita bersama-sama mendoakan
agar mereka yang masih hilang ditemui,diselamatkan dan
dapat diuruskan dengan sempurna.Amin...

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Genting Highlands,28Nov2008

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.








Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Hisham: Satu kehilangan


Sementara itu, Bernama juga melaporkan, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.

“Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi,” katanya.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika dihubungi pula berkata, kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.

“Terlalu sedih…Ia satu kehilangan besar,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.

Biodata


Menurut laman web rasmi Umno Terengganu, allahyarham dilahirkan di Hulu Terengganu pada 25 Jun 1949.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.

Memulakan kerjaya sebagai guru, allahyarham juga pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.

Menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.

Isterinya merupakan surirumah sepenuh masa, namun sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan kerajaan dan tempat terakhir beliau bertugas adalah di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Allahyarham bersama Nooraini dikurniakan lima orang anak yang kesemuanya lelaki.

Anak sulung mereka, Muhammad Nurazli kini merupakan pengurus di bawah Sime Darby Berhad. Anak kedua, Asrul Shah pula pegawai tadbir dan diplomatik yang berkhidmat sebagai penolong pengarah di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara tiga lagi anak mereka masih menuntut.


Sumber: Perakexpress.com

'Susuk Emas Kimia Beracun'




KUALA LUMPUR: Hanya dengan memperalatkan rasa ghairah untuk kekal jelita di kalangan wanita, terdapat segelintir syarikat kosmetik dikesan menipu mangsa termasuk di kalangan kenamaan dan artis dengan menawarkan rawatan botol ‘susuk emas’ menggunakan sejenis kimia beracun yang diimport dari luar negara.

Hasil risikan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, syarikat terbabit yang menyedari kimia beracun hidrokuinon diharamkan Kementerian Kesihatan mula mencari jalan menggunakan bahan kimia lain yang dicampurkan ke dalam produk kosmetik.

Difahamkan kimia berkenaan yang diibaratkan sama seperti susuk emas menjadi buruan wanita ‘atasan’ yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit setahun semata-mata untuk menjalani rawatan terbabit.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM berkata, kewujudan produk berasaskan kimia berbahaya ini mula disedari selepas pihaknya mendapat maklumat daripada beberapa mangsa yang menerima kesan negatif daripada kimia terbabit.

“Siasatan mendapati, kimia terbaru yang digunakan di dalam produk kosmetik terbabit dikenali sebagai asid azelaic yang disalah guna sebagai pemutih kulit bagi menggantikan hidrokuinon.

“Asid azelic asalnya sejenis racun yang digunakan untuk merawat penyakit kulit serius atau jerawat batu dikenali sebagai acne vulgaris,” katanya.

Menurutnya, racun azelic ini biasanya perlu mendapatkan rawatan doktor bertauliah sebelum boleh digunakan.

“Oleh kerana itu ia tidak boleh didaftarkan sebagai produk kosmetik dan penggunaan kimia ini hanya dibenarkan di bawah pengawasan doktor pakar.

“Biasanya, ramai pelanggan yang tidak berdosa menjadi mangsa berikutan kimia yang digunakan ini menyebabkan kulit wajah rosak selain menyebabkan faktor terjadinya penyakit barah dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, kegiatan itu dibongkar selepas lima pegawai penguat kuasa farmasi dari Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM menjalankan operasi ke atas beberapa premis pengedar produk kecantikan terbabit di sekitar Subang Jaya, Cheras dan ibu kota.

“Semua premis dan salun kecantikan terbabit diperiksa selepas maklumat mendapati ia dijadikan tempat untuk merawat dan menjual produk kimia berkenaan.

“Hasil pemeriksaan itu, sejumlah botol kecil berisi dua jenis produk kosmetik beracun dirampas dengan nilai pasaran dianggarkan lebih RM20,000,” katanya.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa Farmasi yang menjalankan pemeriksaan agak terkejut apabila diberitahu sebotol produk kosmetik terbabit dijual secara borong pada harga RM600.

“Namun pemilik salun yang mendapatkan bekalan kosmetik beracun ini akan menaikkan harga dengan mengenakan caj RM1,000 bagi setiap botol produk terbabit termasuk kos rawatan.

“Bagi menarik perhatian pelanggan, pengedar kosmetik beracun terbabit turut menjual kimia terbabit dalam peket kecil yang diedarkan sebagai pek percubaan pada harga RM88 sepeket,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama kimia berkenaan yang mudah meresap ke dalam kulit turut bertindak balas dengan darah dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan terutama wanita berusia.

Menurutnya, sekiranya produk kosmetik ini digunakan tanpa nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti kulit menjadi kemerah-merahan, melecet, kebas dan rasa terbakar.

“Bagi sesetengah kes, ia membabitkan kesesakan pernafasan haya terutama kepada pesakit asma,” katanya.-HARIAN METRO
 
P. M .S .U. P. S. I | TNB