Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Tips Jimat Minyak 2

Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil "hypermiling" iaitu untuk mengurangkan penggunaan bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan "auto cruise" jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.



11.Kereta dan motor sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

12.Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

p/s:Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB