Itulah fenomena yang biasa dapat dilihat di negara kita
pada setiap tahun lebih-lebih lagi penduduk pantai timur.
Baru-baru ini BernamaTV telah melaporkan kawasan yang berada
pada tahap jingga kerana hujan yang tidak henti-henti akan melanda
beberapa kawasan di Pahang,Kelantan dan Terengganu (termasuk Kuala Terengganu)
juga Kota Tinggi,Mersing dan JB.
Jadi apabila tiba musim banjir ini banyak kerugian terpaksa ditanggung
dengan kos sara diri yang telah meningkat berkali ganda baru-baru ini.
Oleh itu kami Persatuan Mahasiswa Sains UPSI ingin memberi sedikit info berkaitan
cara menyelamatkan kenderaan ketika banjir.
- Selepas banjir surut, JANGAN CUBA2 MENGHIDUPKAN ENJIN.
- Membiarkan komponen kereta dalam keadaan kering.
- Periksa palam pencucuh.Pastikan tidak berair.Jika berair,bermakna air sudah memasuki bahagian dalaman kereta
- Periksa minyak enjin.Pastikan tidak bercampur air.Lakukan juga pada petrol
- Setelah semua komponen elektronik kering sepenuhnya selama 2@3 hari,barulah rujuk kepada mekanik yang berpengalaman dan JANGAN CUBA MASUK GEAR Kerana bahagian kotak gear belum diperiksa.
- Sekiranya enjin boleh dihidupkan,bermakna kos yang ditanggung lebih murah.Tapi lakukan juga pemeriksaan minyak kotak gear kenderaan.Biasanya,minyak gear berwarna merah
- Sekiranya tiada kerosakan elektronik,jadi kos hanya membabitkan Upah,Minyak Enjin,Minyak Kotak Gear dan beberapa alatan sensitive kepada air sebagai contoh penapis udara.
~Selamat Mencuba demi menjimatkan kos selenggara~
p/s:Jangan terlalu seronok bermain ketika banjir,takut2 ada kebocoran elektrik.Kalau
nak selamatkan kenderaan betul2,parking tempat tinggi.Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment