Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

SediKit Petua..Rawatan diri..

PETUA MASYARAKAT MELAYU

MASYARAKAT NUSANTARA KHUSUSNYA MELAYU MEMANG TERKENAL DENGAN ADAB2 DAN PETUA YANG DIAMALKAN SEJAK DULU LAGI.PETUA2 INI DIGUNAKAN UNTUK KESIHATAN,KECANTIKAN,AWET MUDA DAN kuat tenaga batin DAN SEBAGAINYA.MALAH PETUA JUGA DIGUNAKAN DALAM MASAKAN UNTUK MENAMBAH SELERA.

SAYA SENDIRI PERNAH TERJUMPA SEORANG NENEK TUA YANG BERUSIA LEBIH SATU ABAD DI KELANTAN.SAYA MEMANGGILNYA DENGAN NAMA TOK.WALAUPUN USIANYA LEBIH SATU ABAD TAPI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN MASIH JELAS LAGI.GIGINYA MASIH TERSUSUN RAPI SEPERTI USIA 20 AN.APAKAH PETUA YANG DIAMALKAN TOK???TENTULAH AMALAN PETUA2 ORANG ZAMAN DULU.TOK TERSEBUT ADALAH PAKAR DALAM AKAR2 KAYU DAN UBAT-UBATAN TRADISONAL.MALAH TOK TERSEBUT JUGA PAKAR DALAM MEMBUAT MINYAK URUT YANG DIPELAJARI DARI ARWAH SUAMINYA....

JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA TAU..KITA BELUM TAHU KELEBIHAN SESEORANG DENGAN MELIHAT LUARAN SAJA.DISINI SAYA AKAN KONGSI KAN BEBERAPA PETUA YANG SAYA DAPAT SEMASA MELAYARI INTERNET DAN PEMBACAAN BUKU..



PETUA KECANTIKAN

Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian anda lumurkanlah pada muka anda.


Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.


Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah


Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.


Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih, gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.


Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB