skip to main | skip to sidebar

P. M .S .U. P. S. I

Satu-Satunya Blog Rasmi Mahasiswa Sains UPSI yang sah berdaftar dan diiktiraf

Subscribe News Feed Subscribe Comments

Subscribe to Content via E-mail

  • myupsi portal
  • UPSIkini
  • UPSI BLOGGER UNITED
  • MahasiswaKINI
  • MalaysiaKINI
  • mstaronline
  • utusan
  • bharian
Powered By Blogger

About Me

My photo
Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Persatuan Ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan para mahasiswa/i sains UPSI. Persatuan ini berdaftar secara SAH dibawah HEP UPSI.
View my complete profile

Search this blog

exco pms

1. Presiden PMS
"Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Kita harus punyai keberanian dan kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul."-DSAI


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..-Prof Ungku A. Aziz.

Show Your Support

Show Your Support
Kepada Pelawat-pelawat sekalian, sila tekan butang ini bagi menunjukan sayang anda kepada bahasa kita dan demi masa depan anak-anak kita terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar

Sumber Rujukan Kuliyah

  • PhET Interactive Simulations
  • The Source Book 4 Teaching Science
  • Video Demonstrations

Science Talks


ShoutMix chat widget

Archive

  • October (2)
  • March (2)
  • December (1)
  • October (2)
  • September (5)
  • August (4)
  • July (11)
  • June (8)
  • May (2)
  • April (3)
  • March (12)
  • February (15)
  • January (20)
  • December (12)
  • November (21)
  • October (1)
  • September (1)
  • August (2)
  • July (8)

Followers

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster
Showing posts with label persatuan. Show all posts
Showing posts with label persatuan. Show all posts

Ramadan Al Mubarak

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

Ramadan Al-Mubarak to all my sisters and brothers in Islam

My du’a to all that this year Ramadan bring more happiness and greater “savings” to our bank account in the Hereafter. Ameen…..





Ramadhan mubarak. Kullu am wa antum bikhair.

Semoga puasa Ramadhan disempurnakan sebaiknya sehingga mencapai darjat taqwa. Ibadah Ramadhan pernah diungkapkan ulama sebagai madrasah ruhiyyah – memupuk pendidikan jiwa dan ruhani agar tercerna akhlak dan shasiah yang terpuji. Justeru itu kita diminta ikhlas dalam amal dan tekun melengkapkannya dengan pembacaan dan kefahaman al-Quranul-Karim dan ibadah susulan terawikh.

Prof Muhd Hamidullah pernah malakar risalah indah – why fast? – menyingkap pengalaman agama silam yang memupuk kekuatan diri dengan pelbagai gaya amalan berpuasa. Namun ibadah puasa harus memupuk kesedaran tulen, dan dengan merasakan lapar dahaga akan lebih peka dan insaf akan derita si fakir miskin. Justeru itu amalan sedekah jariah wajar ditingkatkan.

Malah kesedaran itu seharusnya mendorong kita untuk menjadi pembela mahasiswa dan rakyat yang menjadi mangsa penindasan dan kerakusan dan perebutan kuasa sehingga mengakibatkan nasib rakyat bawahan terlantar.Mahasiswa agen perubahan..


Selamat memeriahkan ramadhan dengan amalan.

Daripada kami Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

Labels: Agama, Pengumuman, persatuan
0 comments
at 10:37 PM

PENGUMUMAN MESYUARAT..

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Salam kepada semua MT dan EXCO PMS yang baru dilantik pada AGM yang lepas,
satu mesyuarat akan diadakan pada

Hari:Jumaat
Tarikh:21 Ogos 2009
Masa:8.30pm-11.00pm
Tempat: Bilik mesyuarat utama Bitarasiswa

Agenda majlis adalah untuk penyampaian watikah kepada para EXCO dan MT yang baru dilantik.Dr Syakirah sebagai Penasihat Persatuan akan hadir pada mesyuarat tersebut.Para EXCO diminta membawa portfolio file masing-masing dan berpakaian formal.


*Bilik Mesyuarat di Bangunan Suluh Budiman tidak boleh digunakan setelah arahan kawasan itu diwartakan sepenuhnya kepada pihak muzium.Oleh sebab itu mesyuarat terpaksa bertukar tempat di bilik mesyuarat utama Bitarasiswa.

Peringatan kepada semua EXCO berkenaan sesi bergambar untuk poster PMS sesi 2009/2010 pada hari Jumaat,21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari..


SEKIAN..
Labels: Pengumuman, persatuan
0 comments
at 10:04 PM

Berwajah baru..

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

PMS UPSI tampil dengan wajah baru yang lebih segar dan mesra dengan pembaca.Kami menyedari dan menginsafi mengenai kekurangan kami yang telah menyebabkan kesulitan kepada para pengunjung blog untuk mendapatkan maklumat.Sehubungan dengan itu,kami dengan rendah diri ingin mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak SMU UPSI kerana menegur mengenai kekurangan blog ini.Diharap selepas ini para pengunjung boleh menikmati keselesaan yang maksimum semasa membaca blog ini atas transformasi templates kami..

Adakah anda suka dengan PERUBAHAN ini???
Labels: persatuan, umum
0 comments
at 11:12 AM

Selamat menghadapi peperiksaan akhir

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI




Minggu depan bermulalah perperangan dan jihad di medan
perjuangan kita sebagai mahasiswa.Tanpa minggu mengulang kaji dilihat amat
berat buat kita mahasiswa/wi kerana segala persiapan mungkin tidak mencukupi untuk
menubuhkan pasukan study group dan sebagainya.

Oleh itu,kami di PMS ingin mengucapkan
selamat menghadapi peperiksaan akhir.Segala salah silap kami harap dimaafi.

Sedikit Tips peperiksaan.


Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan

Tenang dan percayakan diri anda
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik

Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan..

Jawab soalan secara strategik

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.

Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar

Yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya
Mempunyai markah yang sedikit

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.




Bagi mahasiswa yang kehilangan slip peperiksaan dan juga kad matrix kami di PMS ingin
memberi sedikit jalan penyelesaian yang mungkin boleh membantu anda.Exco MPP Akademik
YB Nur Aqilah Hanis telah menggariskan beberapa tindakan yang harus diambil sekiranya perkara
tersebut menimpa kalian.

1) Kehilangan kad matrik

Mahasiswa/wi yang kehilangan kad matrik boleh menggantikannya dengan membawa kad pengenalan asal apabila masuk ke dewan peperiksaan. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas. Mahasiswa/wi diminta untuk merujuk ke bahagian keselamatan untuk melaporkan kehilangan kad matrik dan mendapatkan semula kad matrik anda andainya dijumpai oleh individu lain di kawasan kampus. Untuk membuat semula kad matrik yang hilang, anda disarankan untuk ke kaunter bahagian akademik bagi menguruskan penghasilan kad matrik yang baru.

2) Kehilangan slip peperiksaan

Bagi mahasiswa/wi yang kehilangan slip peperiksaan anda boleh mendapatkannya semula di kaunter bahagian akademik. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas apabila memasuki dewan peperiksaan. Andai kata anda tidak sempat untuk berbuat demikian, saya syorkan kepada individu yang terbabit supaya mencari rakan sekuliah yang hampir no matriknya serta menduduki peperiksaan yang sama bagi mengingat semula kedudukan di dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan itu meresahkan, namun langkah segera harus diambil. InsyaALLAH, semoga mahasiswa/wi terus bersemangat untukmenghabiskan peperiksaan. Semoga kejayaan itu milik kita!





Oh ya..pastikan juga segala persiapan alat tulis mencukupi dan kesihatan anda terjamin.
Bermula dari sekarang belajarlah tidur awal.Selamat berjihad...
Labels: Pengumuman, persatuan
0 comments
at 12:12 AM

Forum PPSMI UPSI di Berita Harian

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

Bahasa cetus minda pencipta


Oleh Nazmi Yaakub

Pengalaman Jerman dan Jepun diketengahkan sebagai bukti hujah

KEPENTINGAN penyampaian ilmu dalam bahasa ibunda seperti dibuktikan Jerman dan Jepun apabila berjaya menjadi bangsa yang maju mendapat perhatian pada Forum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI): Antara Inovasi dan Konfrontasi dalam Pendidikan.

Forum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini, turut membawa lebih 100 khalayak untuk melihat hakikat himpunan ilmu dalam bahasa ibunda dapat memberi dorongan kepada kedua-dua bangsa terbabit untuk tidak terperangkap menjadi bangsa pengguna, sebaliknya berubah kepada bangsa pencipta.


Pensyarah Upsi, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, menekankan pentingnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah menggunakan bahasa ibunda untuk memastikan himpunan ilmu dalam bahasa berlaku dan menyumbang kepada pembinaan kepustakaan dalam bahasa sendiri, tanpa perlu terlalu bergantung kepada bahasa lain.

‘Dengan cara ini kita tidak hanya menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi dari luar. Hal ini pernah berlaku di Eropah pada zaman sebelum pembaharuan apabila orang Inggeris belajar dalam bahasa Latin, manakala bangsa Jerman pula terpaksa meminjam bahasa Perancis untuk proses mendalami ilmu,” katanya pada forum anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) yang dipengerusikan Pensyarah Upsi, Ariff Mohamad.

Situasi itu menyebabkan ahli falsafah Jerman mempersoalkan sebab bangsa Jerman sepandai orang Perancis, tetapi negara mereka tidak semaju jirannya itu dengan memberi jawapan bahawa ia berpunca daripada tindakan belajar dalam bahasa lain sehingga Jerman menukarkan sistem pendidikannya ke bahasa sendiri.

Prof Emeritus Abdullah merumuskan himpunan ilmu dalam bahasa ibunda, mendorong bangsa itu untuk bukan saja mempelajarinya dengan menerima bulat-bulat, bahkan merangsang mereka untuk mempersoalkannya kembali sehingga ia menjadi soalan bersifat setempat.

“Apabila belajar ilmu biologi, kita tidak lagi hanya mengkaji tumbuhan dan haiwan di Barat saja. Sebaliknya kita mengkaji flora dan fauna negara sendiri. Dengan itu akan ada kesan seperti di Thailand sehingga terhasil durian Thai dan lahir keghairahan menghasilkan durian tanpa duri. Saintis Barat tidak akan beri perhatian pada perkara seperti ini,” ujarnya.

Bahkan, Prof Abdullah yakin bahawa himpunan ilmu tempatan akan menumbuhkan kreativiti pribumi kerana bangsa berkenaan akan memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan budayanya seperti dipamerkan bangsa Jepun yang berjaya memacu kejayaan negara melalui kesetiaan kepada bahasa sendiri..

“Selain budaya kaizen, bangsa Jepun terkenal dengan bonsai iaitu mengecilkan apa saja bersaiz besar sehingga mereka berjaya menghasilkan banyak teknologi baru. Teknologi yang asal dipinjam daripada bangsa lain, apabila dibawa masuk ke Jepun, diubah dan dipasarkan ke pasaran dunia seperti ketuhar gelombang mikro,” jelasnya.

Pandangan itu, diperkukuhkan rakan sejawatannya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron yang mengkaji kesan dasar PPPSMI di sekolah rendah dan menengah, apabila merumuskan pelajar yang menggunakan bahasa ibunda atau keluarga untuk belajar Sains dan Matematik, prestasinya meningkat berbanding kelompok yang menggunakan bahasa kedua.

“Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengesyorkan bahasa keluarga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memudah serta mengukuh kefahaman konsep subjek. PPSMI tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kedua mahupun menambahbaikkan kefahaman pelajar,” katanya.

Kajian Prof Isahak berdasarkan kerja lapangan turut menunjukkan dasar PPSMI lebih menguntungkan pelajar yang sudah menguasai bahasa Inggeris, terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang ibu bapa menggunakan bahasa berkenaan di rumah.

“Bahasa Inggeris menjadi bahasa keluarga kepada masyarakat bandar yang ibu bapanya golongan profesional, tetapi masyarakat bandar bukan profesional tidak mendapat manfaat. Kesannya, pelajar di luar bandar atau bandar yang keluarganya bukan profesional, bukan saja lemah dalam bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, pada tahun pertama, bahkan bertimbun-timbun apabila naik ke tahun berikutnya,” katanya.

Labels: isu semasa, pendidikan, persatuan, PPSMI
0 comments
at 8:11 AM

Forum PPSMI

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

publication1


Sumber:YB Nur Aqilah Hanis

Labels: monthly mini project, Pengumuman, persatuan, PPSMI
0 comments
at 10:11 PM

Sumbangkanlah PEN buat mereka

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
POWER OF PEN







Agar wajah mereka seperti ini



BANTU MEREKA

dermakan PEN anda ke dalam KOTAK yang diletakkan khas di kampus UPSI dan juga bakal menyusul ke dalam dewan kuliyah...Nantikan..
Labels: monthly mini project, Pengumuman, persatuan
0 comments
at 5:57 AM

Khianat terhadap aktiviti kebajikan

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

Sebentar tadi kami baru sahaja mendapat maklumat bahawa terdapat KOTAK POWER OF PEN yang mungkin telah disabotaj.


Dalam kejadian tersebut,Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan PMS Saudari Syafiqah memaklumkan bahawa terdapat kotak untuk menderma pen yang diletakkan di TU(Tadahan Utara) telah hilang.Hanya penutup kotak sahaja yang tinggal walaupun sebelumnya Syafiqah dimaklumkan bahawa terdapat mahasiswa/mahasiswi yang telah menderma pen ke dalam kotak tersebut.


Kami masih belum dapat mengenal pasti motif.Adakah ianya angkara pelajar UPSI yang mahu melakukan sabotaj kepada persatuan ini atau orang luar yang sangat inginkan kotak,waima kami mengecam tindakan tersebut yang dilihat seolah-olah satu perbuatan khianat terhadap kempen kebajikan oleh pihak UPSI untuk masyarakat dunia.



KHIANAT disebutkan 2x di dalam ayat al Quran iaitu dalam QS Al Mukmin :19 dan An Nisaa : 105

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (untuk membela) orang-orang yang khianat, (QS An Nisaa :105)

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (QS Al Mukmin :19)



Nabi Muhammad saw bersabda :

Tiga perkara, barangsiapa ada pada tiga perkara itu, maka dia itu orang munafiq, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwakan bahwa dia muslim. Iaitu: apabila berbicara, ia berdusta, apabila berjanji, ia memungkiri janji dan apabila dipercayai dia KHIANAT

(HR Bukhari-Muslim-dari Abu Hurairah)


Nabi Muhammad saw bersabda:

Tidaklah menyalahi janji, bahwa seseorang berjanji dengan seseorang dan pada niatnya akan menepatinya



GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang).


Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.


Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat.


Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah“”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”.


Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

- H.R. Ibnu Majah -


Keterangan :
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus dari segi material dan juga tandus dari segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.


Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.



Sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti khianat terhadap mana-mana aktiviti persatuan khususnya PMS,para pembaca diminta untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa atau pihak persatuan kerana aktiviti khianat ini sangat jelek dan memualkan bagi kita yang bergelar mahasiswa Suluh Budiman yang bakal menjadi warga pendidik kelak.


Jangan sampai nanti kita dituduh "Guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari"


__._,_.___
Labels: isu semasa, monthly mini project, persatuan
0 comments
at 10:45 AM

PMS UPSI March 2009

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI


Click image untuk paparan lebih jelas

Labels: Pengumuman, persatuan
0 comments
at 8:49 PM

Lelaki dan Gosip

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI






Kajian dapati gosip di kalangan lelaki hanya sekadar selingan ketika berbual bersama rakan


GOSIP. Istilah ini cenderung dikaitkan dengan dunia showbiz. Mengapa begitu? Sedangkan perbualan mengenai cerita atau skandal ahli politik, pemain bola sepak atau individu terkenal juga berbau gosip. Cuma mungkin ia tidak digelar gosip tetapi lebih kepada sembang-sembang atau borak kosong.

Gosip boleh ditafsirkan sebagai perbualan yang mempunyai nilai, menyentuh perihal atau peribadi seseorang yang tidak berada di tempat perbualan. Gosip biasanya timbul melalui sesi borak-borak bersama rakan.


Definisi pengkaji psikologi terhadap gosip tidak mengklasifikasikan perbuatan ini hanya membabitkan kritikan atau memperkecil-kecilkan orang lain. Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan, kritikan dan penilaian negatif hanya membentuk sebahagian kecil daripada perkara yang sering menjadi bahan gosip.


Kebanyakan perbualan gosip berkisar cerita seseorang yang dikaitkan dengan individu lain serta pengalaman sosial yang dilalui seseorang.

Penilaian yang dibuat dalam perbualan yang menjurus kepada elemen gosip tidak selalunya negatif. Ada yang bergosip mengenai tepatnya seseorang memilih pasangan kekasih, mengenai kerjaya atau apa saja perkara menarik yang dilakukan individu terbabit.


Perkara utama dalam gosip lazimnya membabitkan lebih daripada berkongsi cerita dan maklumat mengenai kehidupan atau hubungan seseorang. Ini diperkuatkan dengan elemen ekspresi, pendapat atau perasaan mengenai cerita atau maklumat berkenaan. Pendapat atau perasaan ini mungkin tersirat atau disampaikan secara halus.

Gosip juga tidak semestinya membabitkan apa yang dilakukan pihak ketiga saja. Gosip juga boleh membabitkan hal si tukang gosip yang mungkin menarik untuk diperbincangkan. Cerita peribadi tukang gosip inilah yang lazim berkembang kepada gosip lain.

Subjek paling kerap dijadikan bahan gosip pastinya selebriti dan individu dikenali ramai. Lihat saja bagaimana rancaknya sebaran gosip mengenai perkembangan peribadi selebriti dalam industri hiburan. Apa saja berita atau perkara yang dilakukan mereka, tidak kira sudah disahkan benar ataupun tidak akan mengundang minat masyarakat untuk diperbualkan.



Perbuatan gosip cenderung dikaitkan dengan wanita. Namun, kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati, lelaki juga bergosip cuma tempoh masa yang diluangkan dikatakan berbeza sedikit berbanding wanita.


Lelaki dan wanita dikatakan meluangkan tempoh masa yang hampir sama dalam membicarakan soal hubungan peribadi. Manakala bagi cerita membabitkan sukan popular seperti bola sepak, lelaki lebih banyak meluangkan masa membicarakannya.

Lelaki dikatakan cenderung membicarakan subjek penting seperti politik, kerja, seni, hal akademik berbanding wanita. Namun, keadaan ini berubah jika perbualan itu turut membabitkan wakil wanita.

Apabila berada dalam kumpulan jantina sama. lelaki akan berbicara atau bergosip mengenai perkara yang disifatkan penting itu tadi. Namun, jika perbualan itu disertai wanita, sesetengah lelaki cenderung berbual mengenai topik yang lebih sensasi dan menarik.

Lelaki juga menghabiskan lebih banyak masa memperkatakan perihal diri sendiri. Lelaki juga dilihat meluangkan dua pertiga perbualan kepada perhubungan sendiri sedangkan wanita, hanya satu pertiga saja perbualan mereka membabitkan diri sendiri.

Apabila ditanya tabiat bergosip lelaki dan wanita, ramai lelaki menafikan mereka suka bergosip. Kebanyakan wanita pula mengakui mereka terjebak dengan tabiat ini.

Bagaimanapun, jika dinilai lebih mendalam, lelaki dan wanita masing-masing terbabit dalam perlakuan ini. Cuma apa yang dipanggil gosip di kalangan wanita, didefinisikan pula sebagai ‘pertukaran maklumat’ bagi lelaki. Mungkin golongan lelaki tidak suka perbuatan bertukar maklumat mereka itu dilabel sebagai gosip, seolah-olah tidak ada kerja yang lebih baik hendak dilakukan.

Pakar motivasi, Prof Izzudin Ali, ketika ditanya isu lelaki dan gosip mengulas, rata-rata lelaki lebih berminat berborak dan mendengar cerita lebih serius seperti politik, ekonomi dan kerjaya. Ini mungkin dipengaruhi tanggungjawab yang dipikul mereka. Berbeza dengan wanita yang boleh berbual mengenai apa saja yang mengikut pertimbangan mereka, menarik untuk dibicarakan.

Prof Izzudin menambah, keadaan berbeza bagi lelaki mungkin disebabkan sifat mereka lelaki yang tidak begitu berminat berkongsi pendapat peribadi mereka mengenai sesuatu perkara.

“Subjek yang selalunya menarik minat lelaki apabila berada bersama rakan adalah cerita politik atau isu yang ada kaitan dengan diri mereka sendiri.

“Jika tiada kaitan, mereka hanya akan berbual mengenainya ala kadar saja,” katanya

Ditanya sama ada lelaki suka atau tidak pada wanita yang mempunyai tabiat suka bergosip, Prof Izzudin berkata, rata-rata lelaki kurang berminat dengan wanita yang suka bergosip kerana perbuatan ini bukan hanya tidak bermanfaat malah mengundang padah.

Komen:
  • Zhafrilee Shah Ramlee - “Kalau lepak berbual dengan rakan, kami selalunya jarang dan tidak berminat bercerita mengenai orang lain. Biasanya kami bercerita mengenai peristiwa kelakar atau apa-apa yang ada kena-mengena dengan rakan yang menyertai sesi berborak itu.”

  • Akmar Ruskin - “Tidak dinafikan, memang ada lelaki menonton program televisyen berkonsep gosip hiburan. Tetapi tidak semestinya apabila menonton program begini, mereka gemar bergosip atau mendengar gosip. Kadangkala sekadar tontonan saja, jika tidak tonton pun tak rasa rugi.”

  • Amirul Anuar Abdullah Zubir - “Tabiat bergosip, bagi saya lelaki dan wanita sama saja. Bezanya cuma subjek yang digosipkan atau kekerapan mereka bergosip. Adakalanya seseorang akan ikut bergosip apabila diajak atau berada dalam kumpulan kaki gosip.”

  • Sarina Salleh - “Saya tidak begitu bersetuju kalau orang kata wanita saja suka bergosip. Wanita kebanyakannya suka bersembang dan bercerita mengenai pelbagai perkara dengan rakan baiknya tapi sering disalah anggap sebagai bergosip.”

  • Roslindah Chin - “Mulanya, saya percaya bahawa lelaki tidak suka bergosip. Tapi apabila saya berjumpa dengan kenalan lelaki yang suka bergosip mengenai artis dan rakan wanita mereka, saya mula sedar tabiat ini bukan hanya dilakukan wanita saja,”

  • Retna Normasinda Sulaiman - “Sebenarnya, bukan niat atau kegemaran seseorang untuk bergosip mengenai orang lain pun. Tetapi kadangkala sesuatu perkara mengenai mereka terjadi depan mata, jadi kita hanya bercerita mengenai perkara itu saja.”
Sumber:BHarianOnline

PMSmode:Artikel ini dikeluarkan bagi membuka mata kesemua pihak bahawa pada hari ini,lelaki juga kuat bergosip,tetapi gosip itu haruslah menjurus kepada perkara yang positif.Diharap para pengunjung diruangan chatbox juga boleh bergosip dengan baik.
Labels: persatuan, umum
0 comments
at 8:37 PM

Forum PPSMI : Antara Konfrontasi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Salam Perjuangan buat sahabat bakal guru sains.
Berita yang baru diperolehi daripada bahagian akademik adalah mengenai satu Forum PPSMI bakal diadakan di UPSI pada 27 March 2009..

Butiran ahli panel adalah seperti yang berikut.

1) Prof Emiritus Isahak Haron (UPSI)

2) Prof Emiritus Abdullah Hassan (UPSI)

3) Saudara Khairul Anwar (PKPIM)


Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog saudari Aqilah Hanis..



Sedikit maklumat tambahan

kepala-kami-bantah-ppsmi



Menurut Pn Ainon di laman web PTSnya, berikut adalah Profesor-profesor Melayu yang turut sama menentang PPSMI;

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623


Manakala berikut adalah Pertubuhan Melayu yang juga turut sama menentang PPSMI;


1. Kumpulan Prihatin
2. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

5. Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
7. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)
8. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
9. Institut Alam Tamadun Melayu,Ukm (ATMA)
10. Persatuan Penulis Nasional (PENA)
11. Persatuan Eksekutif & Usahawan Bumiputera Malaysia (PESUMA)
12. Persatuan Bekas Pelajar ITM (PBP-ITM)
13. Persatuan Suluh Budiman (PSB)
14. Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PMITT)
15. Persatuan Pengajian Melayu Malaysia (PPMM)
16. Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)
17. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
18. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
19. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
20. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi)
21. Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (Pasas)
22. Kesatuan Sekerja DBP
23. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam)
24. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
25. Persatuan Penulis Muar
26. Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (Pumpp)
27. Gabungan Mahasiswa Darulaman (Persada)
28. Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu)
29. Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (Kgmmb)
30. Persatuan Sains Keadaan Pepejal (Pskp)
31. Persatuan Biologi Gunaan Malaysia
32. Persatuan Sains Matematik Malaysia
33. Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia
34. Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
35. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
36. Gamis
37. Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan (PPINS)
38. Ikatan Pengkajian Islam Pahang (Ikatan)
39. Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Dan Selangor Darul Ehsan (Pepias)
40. Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Negeri Kedah (Persida)
41. Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (Perkepis)
42. Kesatuan Pelajar Islam Melaka (KPIM)
43. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
44. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang (Pembimbing)
45. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
46. Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
47. Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
48. Institut Peradaban Melayu, UPSI



Diharap mahasiswa FST terutamanya ahli PMS( semua mahasiswa sains Biologi,Fizik dan Kimia)
bersama-sama menghadirkan diri dalam Forum Ilmiah ini..Wallahualam..
Labels: Pengumuman, persatuan, PPSMI
0 comments
at 5:32 AM

Dari Blog Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Mengapa Kami Bantah PPSMI (Edisi Kedua) sudah terbit.
Di sini tidak ada retorik!

Edisi Kedua


Judul: Mengapa Kami Bantah PPSMI (Edisi Kedua)
Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Saiz: 6″ x 9″

Penerbit: Persatuan Penterjemah Malaysia

Pengedar: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tel: 03-6188 0316

E-mel: sales@pts.com.my

Format Buku:

Fizikal: RM15 (Beli dengan PTS di www.bookcafe.com.my)

E-book: PERCUMA (Download di ” http://www.adrive.com/”

Terima kasih.

Labels: isu semasa, pendidikan, persatuan, PPSMI
0 comments
at 2:13 AM

...ROADSHOW ILMIAH...

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Berita Penting!!!
Sesiapa mahasiswa/wi Sains yang berminat dan ingin menimba pengalaman menjadi FASILITATOR dijemput untuk menyertai ROADSHOW ILMIAH anjuran Exco Akademik & Kerjaya PMS UPSI...

MARI...MARI...MARI...

bila??
7 dan 8 Mac 2009

kat mana??
SMK
Kompleks KLIA Nilai (Sabtu)
SMKA Sheikh Hj Mohd Said Seremban(Ahad)

cepat!!!cepat!!! selagi peluang terbuka luas.....

* temuduga dibuka sehingga selasa depan (3 hb mac 2009)....

hubungi ;

Rowaida : 017-3468724
Ain : 013-4636519
Labels: Pengumuman, persatuan
3 comments
at 2:42 AM

MANSUHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Kenyataan Rasmi GMP..

Untuk edaran segera..Sebarkan...

Kami dari Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memohon pertimbangan pihak kerajaan dan sokongan Wakil Rakyat dalam Parlimen supaya keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dimansuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh beratus ribu pelajar kita, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar, dan untuk mengelak kemungkinan bahasa Melayu dan bahasa Ibunda termusnah sebagai bahasa ilmu, khususnya sebagai bahasa sains, akibat keputusan yang tidak munasabah itu.


Latar Belakang

1. Sebagaimana kita semua maklum, dasar pengajaran sains dan matematik dan semua mata pelajaran lain dalam bahasa kebangsaan di Sekolah Kebangsaan telah dilaksanakan secara tegas sejak tahun 1970. Setelah dasar itu berjalan selama 37 tahun hingga tahun 2003 tiada apa-apa masalah serius yang berlaku pada keupayaan pelajar kita dari semua kaum untuk menguasai ilmu sains dan matematik dan segala cabangnya dalam bahasa kebangsaan. Buku-buku teks dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan dari darjah Satu hingga ke Tingkatan VI semuanya cukup, tidak timbul apa-apa masalah kekurangan buku teks. Hasil kegigihan Dewan Bahasa Dan Pustaka membina peristilahan sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan, yang melibatkan ratusan ahli bahasa dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu, masalah peristilahan sains tidak timbul lagi dalam tempoh itu.


2. Hasilnya, ratusan ribu pelajar dari semua kaum berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan negara ini, dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, bahkan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Dasar itu telah berjaya melahirkan puluhan ribu sarjana, profesor, pensyarah, ahli sains, pakar-pakar perubatan dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang lain yang terdidik dalam bahasa Melayu melalui system pelajaran kebangsaan itu. Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1970 menjadi bukti nyata tentang kejayaan dasar pelajaran kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua kursus.


3. Ilmu yang diajarkan itu, sains dan matematik yang diajarkan itu dalam bahasa kebangsaan negara ini, adalah ilmu yang secara asasnya sama di mana-mana sahaja ilmu itu diajarkan dalam bahasa apapun di sekolah dan di universiti di negara-negara lain. Kalau kita hitung-hitung, kita akan menyedari bahawa di seluruh dunia ilmu itu lebih banyak diajarkan dalam bahasa-bahasa lain daripada dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, lihat Lampiran A yang menunjukkan bahasa yang digunakan di sekolah dan di universiti di 5 buah negara di Asia, iaitu Jepun, Korea, China/Taiwan, Indonesia, Vietnam, dan Thailand. Semua negara Eropah dan negara-negara Skandinavia menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, tidak bahasa Inggeris, untuk mengajar semua bidang ilmu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dan negara-negara itu semuanya maju sains dan teknologi.


4. Maka hairanlah kami mengapa kerajaan atau pemimpin kerajaan (berbangsa Melayu) tiba-tiba, tanpa rundingan, tanpa kajian, tanpa sebab yang munasabah mengubah dasar pengajaran sains dan matematik itu dari bahasa kebangsaan kita balik semula ke bahasa Inggeris (seperti dalam zaman penjajahan British dahulu) setelah dasar menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matamatik sejak tahun 1970, tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius, seperti yang disebutkan di atas. Keputusan yang mengejut itu telah menimbulkan banyak masalah, meleret-leret sampai enam tahun lamanya!


MASALAH YANG DITIMBULKAN OLEH PPSMI

5. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebnaykannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris.


6. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI.


7. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 5 dan 6 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.[Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai ‘otak’ atau minat untuk belajar atau mengetahui sains atau matematik; puncanya ialah, mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang pelajar itu tidak faham, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].


HASIL KAJIAN

8. Hasil kajian sebenar yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang menundum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.


9. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.


APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

10. Penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan atau penurunan keputusan yang dicapai untuk mata pelajaran sains dan matematik. Menggunakan keputusan UPSR sebagai kriteria penanda aras penentuan sama ada PPSMI boleh dikekalkan atau dimansuhkan adalah ukuran yang tidak tepat dan tidak wajar. Ini kerana kaedah yang digunakan ialah Kaedah Rujukan Norma. Mengikut Kaedah Rujukan Kriteria, sesuatu gred itu ditetapkan dahulu, manakala Kaedah Rujukan Norma menjurus kepada pencapaian keseluruhan murid yang mengambil peperiksaan dalam satu-satu subjek. Sehubungan ini, min atau purata markah dan sisihan piawai (standard deviation) diambil kira bagi menentukan markah lulus dan gagal. Misalnya, dalam tahun 2007, dari 500,596 pelajar yang mengambil subjek Matematik, purata markah yang dicapai oleh calon ialah 43 dan sisihan piawai ialah 8, maka markah lulusnya ialah 43-8 = 35. Dalam tahun 2008-an, andainya purata markah ialah 38 dan sisihan piawai 8, maka markah lulusnya ialah 38-8=30. Malah, sebagai perbandingan, berdasrakan markah lulus 35 dalam tahun 2007, peratusan lulus UPSR Matematik (A, B, C) ialah 82% dan pada tahun 2008 markah lulus 30, peratus calon yang lulus mungkin 82% juga. Pada pandangan orang awam, itu tidak menunjukkan ada perbezaan prestasi, padahal kalau mengikut markah sebenar, jelas murid-murid tahun 2008 lebih rendah prestasinya daripada prestasi murid-murid tahun 2007. Dengan kata lain, markah lulus direndahkan, tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa jumlah pelajar yang lulus sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ‘makin meningkat’. Tetapi ini cara mengelat. Kita menurunkan markah lulus. Akibatnya, mutu pengetahuan sains dan matematik p[elajar kita tidak tinggi, tetapi rendah.


Jangan Gunakan Pandangan ‘Tangkap Muat’ Untuk Mempertahankan PPSMI

11. Kalau orang yang membuat dasar ini dan para pegawai di Kementerian Pelajaran hendak mengetahui keadaan sebenarnya pergi ke semua sekolah kebangsaan di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak dan di Sabah, di ulu-ulu, duduk dalam kelas-kelas memerhatikan apakah semua pelajar di situ faham atau tidak faham sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris yang tidak difahami oleh ratusan ribu pelajar itu.


12. Ini bukan masalah beberapa orang atau beberapa kelompok orang yang berkepentingan sahaja; ini masalah negara, masalah masa depan anak cucu kita dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda sendiri.


13. Beberapa banyak kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar di seluruh, mengatakan secara pasti bahawa manusia mulai peringkat kanak-kanak lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Cuba bayangkan masalah kanak-kanak Melayu atau kanak-kanak kaum lain, yang sudah mengetahui bahasa Melayu atau bahasa sendiri, tiba-tiba apabila masuk sekolah Darjah Satu diajarkan sains atau matematik atau ilmu kira-kira dalam bahasa yang mereka tidak faham sepatah pun.


GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. GMP tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau didorong oleh perasaan anti bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan kebenaran. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.


15. Mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan maju dalam bidang sains dan matematik kalau ilmu ini tidak diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini adalah kenyataan atau pandangan orang yang jahil. Apakah bangsa-bangsa lain, seperti bangsa Cina, bangsa Jepun, bangsa Korea, bangsa Perancis dan bangsa Jerman dan bangsa Thai, misalnya, tidak maju dalam bidang sains dan matematik kerana ilmu ini diajarkan dalam bahasa masing-masing, tidak dalam bahasa Inggeris? Apakah profesor matematik atau profesor sains yang mengajar ilmu ini dalam bahasa Melayu tidak maju, atau lebih bodoh daripada profesor sains dan matematik yang mengajar dalam Inggeris? Orang yang membuat dasar itu perlu menjawab soalan seperti ini – jawapan yang benar, yang saintifik, tidak emosional.


16. Hal yang sangat menghairankan ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.


17. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik.


18. oleh sebab itu, kita menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk memperbaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita menguasai bahasa ini dengan cukup baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.


19. GMP tidak menentang kerajaan atau berhajat untuk ‘bergaduh’ dengan kerajaan atau mana-mana pihak tetapi hanya berasa terpanggil untuk sama-sama memberikan kerjasama menyelesaikan masalah yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat tidak kira kaum dan orientasi politik atau parti politik masing-masing.


20. GMP akan menjalankan kegiatannya ‘dengan waras’, rasional, berdasarkan hujah dan fakta yang dapat kami pertanggungjawabkan. Kami tidak akan menggunakan cara yang boleh menyalahi undang-undang negara atau tatasusila sosial dan moral bangsa kita. Kami tidak akan mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan.


Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Mewakili seluruh anggota dan penyokong Gerakan ini

Tarikh 17 Februari 2009

Labels: isu semasa, Pengumuman, persatuan
0 comments
at 3:57 AM

PPSMI..

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Alhamdulillah.bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan dan tugas sebagai mahasiswa dan bakal pendidik negara di masa hadapan.

Guru merupakan satu alat yang sangat berkuasa kerana merujuk kepada sajak sasterawan negara Usman Awang,guru merupakan pencetus kepada segala-galanya.

Oleh sebab itu kami di PMS dengan izin meminta agar mahasiswa mahasiswi UPSI khususnya
pelajar FST agar sama-sama menyokong usaha dan desakan GAPENA untuk memansuhkan terus PPSMI.

Hasil kajian yang dibuat oleh Profesor-profesor SAKTI seluruh negara yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan telah mendedahkan kepada kita bahawasanya dasar PPSMI adalah "Duri dalam daging kepada bangsa Malaysia".


Kami menegaskan dasar PPSMI perlu dihapuskan kerana ianya membawa banyak keburukan daripada kebaikkan..Sebagaimana yang kita tahu,dasar ini telah membenam Malaysia jatuh ke tangga 21 daripada tangga ke16 sebelumnya(TIMSS).

Untuk rujukan www.timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html

Dasar ini jelas membentuk satu sistem kapitalis dimana yang hidup di bandar semakin ke depan jauh meninggalkan mereka yang di luar bandar,apatah lagi yang hidup di kawasan pedalaman.Kita ketepikan mengenai individu,kerana pencapaian individu di luar bandar adalah terlalu kecil.Fokus kepada jumlah peratusan mereka.

Saya ingin berkongsi pengalaman dimana saya pernah mengajar sebagai guru sandaran tanpa terlatih sepanjang cuti semester 2 (2007/2008).Murid-murid yang mengambil Fizik(tingkatan 5) dan Sains(tingkatan 2 dan 3) tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru mereka kerana keterbatasan lingua franca yang digunakan dalam kelas.

Seolah-olah guru menjadi boneka dihadapan,apabila si guru habis menerangkan dan mengajukan soalan kepada mereka,murid-murid memberi respon negatif,tunduk dan takut untuk bersuara kerana mereka sendiri tidak faham apa yang dipamerkan melalui LCD dan diperkatakan oleh guru mereka.Buat pengetahuan umum,sekolah tersebut merupakan sekolah luar bandar (SMK Batu Kikir)

Jadi,adakah kita mahu menggadaikan masa depan anak bangsa kita kerana ego dengan sikap politik kita sendiri?Bangsa Jepun,Korea dan beberapa negara Eropah maju dalam bidang sains dan teknologi tanpa perlukan PPSMI,sebaliknya kita tunduk dan akur terhadap kuasa politik asing yang terus menerus ingin menjajah anak bangsa kita yang kian menunjukkan taring dalam bidang sains.


Justeru,marilah sama-sama kita bersuara atas kapasiti mahasiswa dan bakal guru sains
untuk memberi kredit dan tanda sokongan kita terhadap GAP agar bangsa Malaysia terus diangkat dan Bahasa Melayu juga turut dimartabatkan dipersada dunia.


Sumber Rujukan:

http://profabdullah1.wordpress.com/(Institut Peradaban Melayu UPSI)

http://www.pkpim.net/

http://www.kongresbahasa.org/ (Buku Mengapa Kami Bantah)

http://bmppsmi.blogspot.com/ (Takkan Bahasa Melayu Hilang di dunia)

http://www.detikdaily.net/(Samad Said bimbang bahasa melayu terkubur)


PMSmode:Tak Sangka PMS UPSI lebih cepat mengetengahkan isu TIMSS (15Januari 2009) berbanding dengan PKPIM (9 Feb 2009).

-EXCO Kebajikan dan Kemasyarakatan-




Labels: isu semasa, pendidikan, persatuan
0 comments
at 10:34 AM

MARI MENDERMA!!!

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
Assalamualaikum w.b.t,

Kepada sahabat-sahabat mahasiswa sains FST, mulai minggu hadapan, kutipan derma kilat akan dilaksanakan sepanjang seminggu untuk membantu meringankan bebanan sahabat-sahabat kite (mahasiswa sains FST) yang kehilangan ayah atau ibunya, atau kehilangan harta benda sama ada berlaku kecurian, kebakaran atau sebagainya. Semoga bantuan yang kita berikan sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan yang dihadapinya..insyaALLAH..

p/s : kepada sahabat2 yang mengalami masalah kewangan, kehilangan ayah atau ibu, kemusnahan harta benda sila laporkan kepada kami untuk meringankan bebanan anda..segala kerjasama yang diberikan kami ucapkan jutaan terima kasih..

Hubungi kami,

Fadhlullah - 0136294879 Syafiqah - 0133917668


Lensa Kebajikan PMS


Zamir selaku wakil Exco Kebajikan & Kemasyarakatan PMS memberi sumbangan kepada Fitri


Syafiqah selaku Exco Kebajikan & Kemasyarakatan PMS memberi sumbangan kepada Baizura


Masyitah tekun mengisi borang bantuan


saudari Aqilah Hanis menjadi saksi penyerahan bantuan kepada seorang sahabat

Senarai Mahasiswa Sains yang mendapat bantuan daripada PMS UPSI



Rosadlina Bt Kamaruddin


Wan Mohd Hafizullah Wan Yusof


Malik Bin Affendi


Nik Rozanah Bt Omar


Nurul Nadiah Bt Nasri


Fatin Azhana Bt Abd Aziz


Nor Baizura Bt Nor Azlan


Nor Bazilah Bt Hussin


Siti Masyitah Bt Sulong


Rahman Bin Basri


Mohd Fitri Bin Abu Hassan Shaari



* hasil sumbangan saudara saudari sekalian mampu meringankan bebanan shbt2 kita...terima kasih diucapkan..

Senarai nama mahasiswa sains yang masih dipantau kesihatan oleh PMS UPSI

1. Nor Bazilah Bt Hussin (Pend Fizik Sem 6 - Kanser Ovari)
2. Mohd Asyraf B. Zuraimi (Pend Biologi Sem 2 - TB)
3. Nor Hafizawati Bt Mahmad Razali (Pend Biologi Sem 6)
4. Norhayati Bt Ali (Pend Kimia Sem 6)
5. Nur Sabiha Bt Che Mazlan ( Pend Kimia Sem 6)


InsyaALLAH moga selepas ini PMS UPSI akan mengembangkan sayap KEBAJIKAN untuk MAHASISWA SAINS FST...
Labels: Pengumuman, persatuan
0 comments
at 5:37 AM

Tips dan Info KHAS

Posted by Persatuan Mahasiswa Sains UPSI

.....SALAM SEMUA.....

Untuk pertama-tamanya..kita merafa'kan kesyukuran atas nikmat iman n islam

Insyallah kita akan meng_up greadkn ilmu dan iman dgn ibadat2 yg telah dicernakan olh agama..

setiap insAn ingn menjg anugrh tbh bdn ini dgn sebaiknya n as a student, banyak perkara yg perlu dititkberatkan sprti bku rujukn, mkn minum..and many more dan faktor kekangan wang. di sini, terdapat sedikit petua untuk mempermudhkan kehidupn seharian,kami as bkk (biro kebjikn n kemsyraktn) akan mnyediakn 3 petua iaitu...



...PETUA KECANTIKAN PETUA KESIHATAN DAN PETUA DAPUR (termasuk masakan n dapur)..


...PETUA KECANTIKAN ...


Tubh yg cukup mendpt vitamin tidak akan mendapat maslah kulit, dan unutk mendapatkan kesegaran kulit, sayur-sayuran dan buah-buahan amat diperlukan..walaupun agak mahal...buah bkn saja enak di makan ttpi air buah jg diperlukan untk menjg ksgaran kulit, as an exmple.. buah epal jg perlu untk menjg ksgaran kulit and as cleanser.. caranya buah epal dipotong dan di kisar halus, next, tapis dan ambli airnyer, sapu sari air epal pd muka shgga kering and then basuh dgn air bersih..suam lg bagus(sllu amalkn bsuh muka dgn air suam sambil selwat..insyllh..kulit akn klhtn sgr). do it your self..it make's ur skin fresh and clean..

....PETUA KESIHATAN.....


Daun sirih ubat luka n hidung berdarah..

jika anda mengalami pendarahan seperti di hidung n tgn, ambillh sehelai daun sirih, lipatkan kecil2 setelah itu letkn d kawasan yg terluka and pada hidung, sumbtkn dgn berhti2, bykkn berhat dgn berbaring dgn kpl dtinggikn, selain meletkn tuala bash di dahi..and sirih ni elok jg untuk sesiapa yg bengkak atau berlubg gigi ambil sekapur sirih n kunyah pada bhgn gigi yg sakit shngga lumt, insyllh..sakit tu akan berkurangan..

....PETUA DAPUR......

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut..



...ANd di sini ader penambhn atas permintaan ramai petua untuk mengempiskan perut ..


Bagi sesiapa yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini. Mudah saja caranya. Kos nya pun sangat murah.


Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.


Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.


Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.


semoga berjaya..and berjumpa lg di sesi petua akan datang..insyallh..



..salam perjuangan, sebarkan ilmu walaupun sepotong ayat..
Labels: persatuan, Tips dan Info
0 comments
at 3:23 AM

Gong xi fa cai , Selamat Menyambut Tahun Baru Cina -PMS UPSI

Posted by Fadhlullah Universoul

Malaysia sangat unik kerana kapasiti penduduknya berbilang kaum dan agama,tetapi masih tetap bersatu padu dan teguh menjunjung prinsip rukun negara bagi mengekalkan keamanan yang sedia ada dan dinikmati bersama.Walaupun sejarah telah menunjukkan beberapa insiden yang menyayat hati dek kerana tidak menghormati sesama sendiri,kita akhirnya belajar dan menjadi matang..



Oleh sebab itu penting bagi kita untuk memahami budaya dan perayaan mereka supaya tidak berlaku salah faham dan sebagainya.Adalah menjadi keperluan kita menziarahi mereka untuk menghiburkan hati mereka.Selagi ianya tak bertentangan dengan syariat.

Dengan itu kami di PMS ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dan penganut agama Buddha,Selamat bercuti kepada seluruh warga FST dan Jaga keselamatan anda..




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)


Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.






Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.


Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.


Amalan Tahun Baru

Ang Pau
Diberikan kepada mereka yang belum berkahwin.Biasanya dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.


Bunga Api

menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat
Simbol Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran


Info Khas:Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menhalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Tuah buruk

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "emotong hasil dalam bahasa Kantonis.
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Sumber:wikipedia
Labels: Pengumuman, persatuan
0 comments
at 11:42 PM
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 
P. M .S .U. P. S. I | TNB