Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

PPSMI..

Alhamdulillah.bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan dan tugas sebagai mahasiswa dan bakal pendidik negara di masa hadapan.

Guru merupakan satu alat yang sangat berkuasa kerana merujuk kepada sajak sasterawan negara Usman Awang,guru merupakan pencetus kepada segala-galanya.

Oleh sebab itu kami di PMS dengan izin meminta agar mahasiswa mahasiswi UPSI khususnya
pelajar FST agar sama-sama menyokong usaha dan desakan GAPENA untuk memansuhkan terus PPSMI.

Hasil kajian yang dibuat oleh Profesor-profesor SAKTI seluruh negara yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan telah mendedahkan kepada kita bahawasanya dasar PPSMI adalah "Duri dalam daging kepada bangsa Malaysia".


Kami menegaskan dasar PPSMI perlu dihapuskan kerana ianya membawa banyak keburukan daripada kebaikkan..Sebagaimana yang kita tahu,dasar ini telah membenam Malaysia jatuh ke tangga 21 daripada tangga ke16 sebelumnya(TIMSS).

Untuk rujukan www.timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html

Dasar ini jelas membentuk satu sistem kapitalis dimana yang hidup di bandar semakin ke depan jauh meninggalkan mereka yang di luar bandar,apatah lagi yang hidup di kawasan pedalaman.Kita ketepikan mengenai individu,kerana pencapaian individu di luar bandar adalah terlalu kecil.Fokus kepada jumlah peratusan mereka.

Saya ingin berkongsi pengalaman dimana saya pernah mengajar sebagai guru sandaran tanpa terlatih sepanjang cuti semester 2 (2007/2008).Murid-murid yang mengambil Fizik(tingkatan 5) dan Sains(tingkatan 2 dan 3) tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru mereka kerana keterbatasan lingua franca yang digunakan dalam kelas.

Seolah-olah guru menjadi boneka dihadapan,apabila si guru habis menerangkan dan mengajukan soalan kepada mereka,murid-murid memberi respon negatif,tunduk dan takut untuk bersuara kerana mereka sendiri tidak faham apa yang dipamerkan melalui LCD dan diperkatakan oleh guru mereka.Buat pengetahuan umum,sekolah tersebut merupakan sekolah luar bandar (SMK Batu Kikir)

Jadi,adakah kita mahu menggadaikan masa depan anak bangsa kita kerana ego dengan sikap politik kita sendiri?Bangsa Jepun,Korea dan beberapa negara Eropah maju dalam bidang sains dan teknologi tanpa perlukan PPSMI,sebaliknya kita tunduk dan akur terhadap kuasa politik asing yang terus menerus ingin menjajah anak bangsa kita yang kian menunjukkan taring dalam bidang sains.


Justeru,marilah sama-sama kita bersuara atas kapasiti mahasiswa dan bakal guru sains
untuk memberi kredit dan tanda sokongan kita terhadap GAP agar bangsa Malaysia terus diangkat dan Bahasa Melayu juga turut dimartabatkan dipersada dunia.


Sumber Rujukan:

http://profabdullah1.wordpress.com/(Institut Peradaban Melayu UPSI)

http://www.pkpim.net/

http://www.kongresbahasa.org/ (Buku Mengapa Kami Bantah)

http://bmppsmi.blogspot.com/ (Takkan Bahasa Melayu Hilang di dunia)

http://www.detikdaily.net/(Samad Said bimbang bahasa melayu terkubur)


PMSmode:Tak Sangka PMS UPSI lebih cepat mengetengahkan isu TIMSS (15Januari 2009) berbanding dengan PKPIM (9 Feb 2009).

-EXCO Kebajikan dan Kemasyarakatan-




0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB