Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Khianat terhadap aktiviti kebajikan

Sebentar tadi kami baru sahaja mendapat maklumat bahawa terdapat KOTAK POWER OF PEN yang mungkin telah disabotaj.


Dalam kejadian tersebut,Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan PMS Saudari Syafiqah memaklumkan bahawa terdapat kotak untuk menderma pen yang diletakkan di TU(Tadahan Utara) telah hilang.Hanya penutup kotak sahaja yang tinggal walaupun sebelumnya Syafiqah dimaklumkan bahawa terdapat mahasiswa/mahasiswi yang telah menderma pen ke dalam kotak tersebut.


Kami masih belum dapat mengenal pasti motif.Adakah ianya angkara pelajar UPSI yang mahu melakukan sabotaj kepada persatuan ini atau orang luar yang sangat inginkan kotak,waima kami mengecam tindakan tersebut yang dilihat seolah-olah satu perbuatan khianat terhadap kempen kebajikan oleh pihak UPSI untuk masyarakat dunia.



KHIANAT disebutkan 2x di dalam ayat al Quran iaitu dalam QS Al Mukmin :19 dan An Nisaa : 105

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (untuk membela) orang-orang yang khianat, (QS An Nisaa :105)

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (QS Al Mukmin :19)



Nabi Muhammad saw bersabda :

Tiga perkara, barangsiapa ada pada tiga perkara itu, maka dia itu orang munafiq, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwakan bahwa dia muslim. Iaitu: apabila berbicara, ia berdusta, apabila berjanji, ia memungkiri janji dan apabila dipercayai dia KHIANAT

(HR Bukhari-Muslim-dari Abu Hurairah)


Nabi Muhammad saw bersabda:

Tidaklah menyalahi janji, bahwa seseorang berjanji dengan seseorang dan pada niatnya akan menepatinya



GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang).


Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.


Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat.


Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah“”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”.


Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

- H.R. Ibnu Majah -


Keterangan :
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus dari segi material dan juga tandus dari segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.


Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.



Sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti khianat terhadap mana-mana aktiviti persatuan khususnya PMS,para pembaca diminta untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa atau pihak persatuan kerana aktiviti khianat ini sangat jelek dan memualkan bagi kita yang bergelar mahasiswa Suluh Budiman yang bakal menjadi warga pendidik kelak.


Jangan sampai nanti kita dituduh "Guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari"


__._,_.___

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB