Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Selamat menghadapi peperiksaan akhir




Minggu depan bermulalah perperangan dan jihad di medan
perjuangan kita sebagai mahasiswa.Tanpa minggu mengulang kaji dilihat amat
berat buat kita mahasiswa/wi kerana segala persiapan mungkin tidak mencukupi untuk
menubuhkan pasukan study group dan sebagainya.

Oleh itu,kami di PMS ingin mengucapkan
selamat menghadapi peperiksaan akhir.Segala salah silap kami harap dimaafi.

Sedikit Tips peperiksaan.


Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan

Tenang dan percayakan diri anda
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik

Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan..

Jawab soalan secara strategik

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.

Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar

Yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya
Mempunyai markah yang sedikit

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.




Bagi mahasiswa yang kehilangan slip peperiksaan dan juga kad matrix kami di PMS ingin
memberi sedikit jalan penyelesaian yang mungkin boleh membantu anda.Exco MPP Akademik
YB Nur Aqilah Hanis telah menggariskan beberapa tindakan yang harus diambil sekiranya perkara
tersebut menimpa kalian.

1) Kehilangan kad matrik

Mahasiswa/wi yang kehilangan kad matrik boleh menggantikannya dengan membawa kad pengenalan asal apabila masuk ke dewan peperiksaan. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas. Mahasiswa/wi diminta untuk merujuk ke bahagian keselamatan untuk melaporkan kehilangan kad matrik dan mendapatkan semula kad matrik anda andainya dijumpai oleh individu lain di kawasan kampus. Untuk membuat semula kad matrik yang hilang, anda disarankan untuk ke kaunter bahagian akademik bagi menguruskan penghasilan kad matrik yang baru.

2) Kehilangan slip peperiksaan

Bagi mahasiswa/wi yang kehilangan slip peperiksaan anda boleh mendapatkannya semula di kaunter bahagian akademik. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas apabila memasuki dewan peperiksaan. Andai kata anda tidak sempat untuk berbuat demikian, saya syorkan kepada individu yang terbabit supaya mencari rakan sekuliah yang hampir no matriknya serta menduduki peperiksaan yang sama bagi mengingat semula kedudukan di dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan itu meresahkan, namun langkah segera harus diambil. InsyaALLAH, semoga mahasiswa/wi terus bersemangat untukmenghabiskan peperiksaan. Semoga kejayaan itu milik kita!





Oh ya..pastikan juga segala persiapan alat tulis mencukupi dan kesihatan anda terjamin.
Bermula dari sekarang belajarlah tidur awal.Selamat berjihad...

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB