Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

238 Penerima Hadiah Nobel Sains Sejak 1901



Hadiah Nobel merupakan penganugerahan yang diberikan kepada individu atau pertubuhan yang telah melakukan penyelidikan ulung serta menghasilkan penemuan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1901, anugerah tersebut yang dicetuskan oleh saintis terkenal Alfred Nobel telah dibahagikan kepada beberapa kategori penerima seperti sains, sastera, psikologi dan perubatan, keamanan dan ekonomi.

Untuk kategori sains, seramai 238 ilmuan sains telah menerima anugerah berkenaan di mana 184 orang daripadanya terlibat dalam bidang fizik dan 154 orang lagi dalam bidang kimia.

Hadiah-hadiah tersebut dikurniakan dalam satu upacara rasmi yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun di Dewan Konsert Stockholm, Sweden.

Penerima anugerah akan membawa pulang sebutir pingat emas, diploma, dan wang tunai kira-kira USD 1.3 juta.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB