Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Kaji ubah pinjaman PTPTN kepada biasiswa



KUALA LUMPUR-Kerajaan sedang mengkaji untuk mengubah pinjaman pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) kepada biasiswa jika mahasiswa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pengajian.

Timbalan menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kajian itu akan dilakukan dengan teliti bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat membawa kebaikan kepada semua pihak.

Kajian ini akan mengambil kira pengalaman kita sebelum ini bahawa lepasan universiti yang cemerlang tidak mempunyai masalah untuk mendapat pekerjaan dan tiada kesukaran untuk membayar balik pinjaman,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nasir Zakaria(Pas-Padang Terap) pada siding dewan rakyat hari ini.

Mohd Nasir bertanyakan sama ada kerajaan akan menimbangkan pemberian biasiswa kepada kaum melayu dan bumiputera memandangkan ia merupakan salah satu hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sekarang, peminjam yang mendapat kelulusan kelas pertama bagi peringkat ijazah sarjana muda yang pinjaman mereka diluluskan sebelum 1 Julai 2005 boleh mengemukakan permohonan ke PTPTN bagi mengecualikan pembayaran balik pinjaman.

Menjawab soalan asal Mohd Nasir, beliau berkata kadar pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN adalan berbeza mengikut institusi pengajian tinggi(IPT), peringkat pengajian, jurusan yang diambil dan tahap pendapatan keluarga.

Katanya, jumlah pinjaman yang diberikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pula adalah lebih tinggi berbanding institusi pengajian tinggi awam(IPTA) kerana yuran yang dikenakan institusi itu tinggi.

“Pinjaman kepada seorang mahasisiwa peringkat diploma di IPTA ialah RM5000 setahun manakala di IPTS sebanyak RM8000 setahun.

Beliau berkata, mahasiswa yang mengikuti jurusan sains diberi insentif tambahan RM500 setiap semester yang dikecualikan daripada kos pentadbiran PTPTN sebagai galakan kepada mereka untuk mengambil jurusan berkenaan.-BERNAMA

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB