Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Caj 1 Peratus PTPTN Mulai 1 Januari 2009

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kadar caj perkhidmatan satu peratus kepada peminjam lama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan berkuat kuasa 1 Januari depan bukan 1 Jun lalu seperti diumumkan oleh Kabinet sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil kerana PTPTN memerlukan masa bagi menguruskan pelarasan dan prosedur baru untuk peminjam lama.

''Terdapat beberapa perkara perlu kita lakukan seperti dari segi dokumentasi yang melibatkan perubahan kontrak peminjam lama, maka PTPTN memerlukan masa untuk menampung perubahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PTPTN dan Maybank selaku ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di sini hari ini.

Pemeteraian perjanjian itu menjadikan Maybank sebagai bank pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan penabungan kepada pelanggannya menerusi lima saluran perbankan iaitu mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), kaunter cawangan Maybank, perbankan Internet Maybank2u.com dan Kawanku Phone Banking.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dan Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani.

Ogos lalu, kerajaan mengumumkan penurunan kadar caj PTPTN kepada satu peratus dan langkah itu meringankan beban lebih sejuta peminjam kerana mereka dapat membuat bayaran balik yang lebih rendah.

Sebelum ini, caj perkhidmatan pinjaman PTPTN adalah tiga peratus bagi pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda manakala peminjam pembiayaan peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran dikenakan caj lima peratus.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, SSPN berjaya mengumpul deposit RM165.37 juta sehingga 31 Oktober lalu dengan purata pembukaan akaun baru melebihi 40,000 sebulan.

''Ibu bapa mahupun orang ramai perlu memahami bahawa penabungan dalam SSPN berbentuk penabungan jangka panjang untuk perbelanjaan anak di peringkat pengajian tinggi.

''Ia sekali gus mengikis sikap terlalu bergantung kepada pinjaman supaya kita akhirnya dapat melahirkan siswazah tanpa hutang pendidikan," jelasnya.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB