Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Kemenangan Barack Obama..Patutkah Umat Islam Bergembira?


Salam..nukilan kali ini hanya mahu
membicarakan betapa dunia ini memerlukan perubahan,bersangka baik
dan memahami orang lain sebelum membuat penilaian.

Kita sedia maklum bahawa kemenangan Presiden USA
Barrack Obama amat dinanti seluruh pelusuk dunia.
Tatkala keputusan diumumkan,seluruh rakyat USA
yang begitu dambakan reformasi bersorak kegembiraan.
Hal ini turut berlaku di Indonesia seperti mana
yang diceritakan oleh Dr Asri(bekas Mufti Perlis)

Saya sempat melayari beberapa sesarang
untuk meninjau luahan hati berkenaan
kemenangan Presiden Kulit Hitam Pertama
ini..

Terdapat beberapa golongan yang tidak menyenangi
kemenangan Obama.Saya menamakan mereka Hizbut Tahrir.
Bagi mereka Obama hanya boneka.
Ingin saya tegaskan bahawa kemenangan ini
merupakan satu harapan.Kita hanya berdoa yang terbaik.
Kita cuba tunggu perubahan yang ingin dilakukan oleh Obama.

Sememangnya sistem khilafah Islam adalah yang terbaik
tetapi untuk melakukannya kita memerlukan perubahan yang terancang dan tersusun
bukan hanya dalam masa yang singkat kemudian ianya seakan gagal.Evolusi dan Reformasi
adalah satu perkara yang sangat berbeza.Bukan semua faham apa itu sistem khilafah Islam.Jika yang muslim masih belum nampak toleransinya Islam,apatah lagi yang bukan muslim.

Jika kita memahami maksud reformasi itu
adalah satu perubahan yang disusun secara rapi.
Bukan dilaksanakan dalam masa yang singkat,tetapi mengambil masa
sehingga berpuluh tahun lamanya.Hanya berkat kesabaran yang dituntut dalam
setiap perjuangan terutamanya pada kita bakal guru bitara.Betapa perlunya keikhlasan
dan semangat juang yang tinggi untuk memimpin generasi bangsa kita dimasa hadapan.


Untuk itu,saya serahkan kepada anda untuk menilai
2 artikel yang saya baca mengenai kemenangan Barack Obama
yang menyebabkan hati saya terdetik untuk dikongsi bersama
warga FST.

Klik pada tajuk..
PATUTKAH UMAT ISLAM GEMBIRA DENGAN KEMENANGAN OBAMA?

dan jawapan pada permasalahan ini telah diulas DR ASRI dengan panjang lebar..

Obama: Antara kita dengan Amerika




diharap semua dapat membuka minda.Pemikiran kita perlulah
kritis.Zaman sekarang ini menuntut kepada banyak cara perjuangan walaupun matlamatnya
adalah sama,yakni menegakkan kebenaran.Hayati 2penulisan hyperlink diatas.InsyaAllah anda akan dapat jawapannya.Kita tidak perlu terlalu bersikap prejudis kepada sesuatu selagi ianya belum dibuktikan.Bersangka baiklah..


NOTE: Maaf sekiranya penulisan ini menyinggung mana2 pihak..
Penulisan ini hanya mahu dikongsi bersama kerana untuk
melakukan satu perubahan,ianya memakan masa dan perlu faham kehendak
persekitaran.Jika tidak,respon yang diterima adalah ditahap yang mengecewakan.


Editor : Suara Reformasi

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB