Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Perutusan Presiden PMS 08/09

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat kita bertemu kembali dalam semester pertama bagi sesi pengajian 2008/2009.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,


Cuti semester yang baru berlalu ini memberikan pengalaman dan nafas baru buat kita bagi menghadapi cabaran tahun baru 2009. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada exco dan mantan exco serta penasihat persatuan Dr Syakirah yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk menerajui PMS.


Tahniah juga kepada exco yang baru dilantik. Semoga kita memberikan khidmat yang terbaik dan amanah yang dipikul ini dapat dijaga dengan sebaiknya. Sebelum itu takziah diucapkan kepada salah seorang sahabat kita daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST) jurusan fizik, Rahman Bin Basri diatas kepemergian ayah dan neneknya yang telah pulang kerahmatullah. Al-fatihah


Bersempena tahun baru ini marilah kata lihat kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2008 yang banyak meninggalkan kesan dan pengajaran penting. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu sewajarnya diambil iktibar oleh masyarakat dunia. Umum mengetahui bahawa dunia sedang melanda krisis ekonomi, makanan dan bencana alam. Namun lebih mengemparkan lagi, serangan tentera Zionis Yahudi ke atas penduduk Palestin pada 27/12/2009 merupakan antara siri serangan paling ganas, dahsyat dan kejam yang berterusan sehingga kini. Demonstrasi yang disuarakan, diluahkan dan ditunjukkan oleh masyarakat dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara menunjukkan bahawa isu Palestin telah lama menjadi isu kemanusiaan sejagat. Walaubagaimanapun semua itu menjadi sia-sia tanpa tindakan berterusan yang sewajarnya.


Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kembali kepentingan memboikot barangan Israel. Majoriti ekonomi negara dunia termasuk Malaysia bergantung kepada sistem kapitalisme yang dikuasai Yahudi sebagai kuasa monopoli utama. Sebab itu terdapat sebahagian pemimpin dan pakar ekonomi negara yang tidak beberapa setuju dengan sistem pemboikotan tersebut kerana memberi kesan negatif kepada pembanggunan negara. Walaubagaimana hujah, fakta dan data yang diberikan, doa dan usaha yang berterusan kearah kehancuran Zionis Yahudi perlu diterjemahkan.


Terjemahan disini bermaksud sebarang usaha yang menjamin kekuatan sistem kapitalisme dan sistem Yahudi perlu dihapuskan. Sebagai contah rundingan Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia – AS. Selain itu sikap hangat-hangat tahi ayam mesti dikikis. Kita wajib dan mesti memboikot bukan hanya barangan Israel bahkan segala ciptaan ajaran sesat Yahudi ini. Ini termasuklah imej dan idealisme mereka seperti materialisme, sosialisme dan komunisme. Sejarah merekodkan bahawa sistem pemboikotan ini telah berjaya memberi tekanan dan desakkan kepada Israel. Iraq dibawah penguasaan Saddam Hussein memboikot penggeluaran minyak mentah selama sebulan sebagai bantahan kepada Israel yang menyerang Palestin pada 2003 telah berjaya menyebabkan Israel tunduk kepada tekanan antaranbangsa dengan menghentikan serangan ke atas Palestin dan berundur dari Semenanjung Gaza.


Akhir sekali, saya megingatkan diri saya sendiri dan menyeru sahabat sekalian supaya marilah kita bersama membina kekuatan diri dan negara untuk bersatu menegakkan keadilan bukan hanya kepada masyarakat Palestin bahkan kepada mana-mana bangsa yang teraniaya di dunia ini. Kepada rakan-rakan yang akan menyambut tahun baru Cina saya mengucapakan selamat bercuti dan selamat tahun baru. Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Ahmad Jamalludin Bin Ridzuan
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Sains (PMS),
Universiti Pendidikan Sultan Idris

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB