Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

IBU...............

Kisah ini saya terbaca dalam satu post oleh rakan saya, ia membuatkan hati saya tersentuh dan berfikir sejenak tentang pengorbanan ibu. Disini saya kongsikan kisah ini:-



Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya
kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka
pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang
yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah
tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring
hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di
wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini
saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat
bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk
mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,
seketika
ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya

Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya
sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke
fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada
didalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang
berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang
pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu
telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ...dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya
akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother.

"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA ".


Note:

Berbahagialah bagi yang masih memiliki Ibu.
Lakukanlah yang terbaik untuknya..........

editor : kosong

PMS kini di friendster!!!


Untuk memudahkan lagi sebaran informasi mengenai PMS, Kami telah membuka satu profil di www.friendster.com. Semua mahasiswa sains bolehlah melayari friendster PMS dengan mencari profil PMS menggunakan email pms_upsi@yahoo.com. Sebarang maklumat akan disebarkan melalui buletin di friendster dan di blog ini, Group PMS juga akan diwujudkan tidak lama lagi di friendster. Tunggukan kemunculannya....



editor : kosong

Rombakan Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Sains

Pada tanggal 22 oktber 2008 yang lalu, satu mesyuarat majlis teringgi Persatuan Mahasiswa Sains telah diadakan. Ini berikutan perletakan jawatan beberapa MT dan exco PMS yang bertanding dalam PRK yang lalu. Mesyuarat yang dihadiri oleh MT itu telah membincangkan mengenai penstrukturan semula dan rombakan organisasi PMS. Merujuk kepada perlembagaan PMS, MT berhak untuk melantik ahli persatuan yang berkelayakan Untuk mengisi kekosongan pada struktur organisasi PMS.

Setelah perbahasan untuk melantik Presiden, Timbalan Presiden, Exco perpaduan dan Integrasi berakhir, ada beberapa Exco yang dilantik menjadi MT PMS. Rentetan itu, beberapa Rexco telah dilantik menjadi Exco PMS berdasarkan kriteria yang tertentu.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa PMS yang baru

Presiden
Ahmad Jamaluddin b. Ridzuan

Timbalan Presiden
Muhammad Safwan b. Azizul

Naib Presiden
Muhammad Zahid b. Yusof

S/U Agong
Norhidayah Osman

Timbalan S/U
Nik Azrul b. Nik Kamarudin

Bendahari Kehormat
Nurlaila bt. Darwis

Timbalan Bendahari
Mohd Syazwan b. Alluwi

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Wan Mohd Syahiran b. Wan Sabarudin
Nabilah Kamaruzaman

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Muhammad Fadhlullah b. Ramadzan
Nur Syafiqah bt. Sharifuddin

Exco Akademik dan Kerjaya
Nurul Ain bt. Mat Hussin
Sharifah Rowaida Syed Rozali

Exco Ekonomi & Keusahawanan
Idrul Nafiz Muhd Najib
Nursabiha Che Mazlan

Exco Perpaduan & Integrasi
Zahidatul Aziah Mohd Zuki
Nadiah bt. Mohd. Khalid

Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Zulfazly Fauzi
Norsyazwani Muhamad Dah

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Nik Muhd Thaqif Nik Ibrahim
Farhana Husna binti Hamid

Exco Keseniaan & Kebudayaan
'Afifah Abdul Kodi
Nur Syamimi bt. Hashim

Exco Penerbitan & Informasi
Muhammad 'Izzuan Hilmi b. Mohd. Nordin
Rafidah bt. Abd Rahim

diharapkan dengan perlantikan MT dan exco-exco baru dapat meningkatkan lagi kualiti PMS dimasa akan datang. Tahniah kepada semua.


editor : kosong

Sekalung Tahniah

Sekalung tahniah dan penghargaan buat mantan Presiden, Saudara Akmal,mantan Timbalan Presiden, Saudari Aqilah dan mantan Exco Perpaduan dan Integrasi, Saudari Hafizawati kerana kejayaan anda pada Pilihan Raya Kampus yang lalu. kami warga PMS amnya dan warga FST umumnya berbangga dengan kejayaan anda. Diharapkan kejayaan anda dapat menaikkan lagi nama FST dan UPSI.

Monthly Mini Project....

Tahukah anda bagaimana untuk menyelamatkan telur dari pecah apabila jatuh dari banggunan tinggi???
mudah je...cube wat ni...sgt menarik...



Perutusan Presiden PMS sesi 2008/2009


Kepimpinan baru dan Semangat Kemerdekaan


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Syukur kepada Allah s.w.t kerana Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) UPSI telah berjaya melaksanakan mesyuarat agong kali ke-9 nya baru-baru ini. Terima kasih kepada semua ahli, mantan exco, penasihat persatuan, Dr. Syakirah Samsuddin dan tidak lupa kepada pihak fakulti yang sentiasa memberikan khidmat serta sokongan kepada PMS UPSI. Kepada pimpinan sesi 08/09 yang baru dilantik, tahniah dan semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.


Sebagai kepimpinan baru, kita seharusnya sedar akan amanah yang telah digalaskan kepada kita untuk sama-sama kita pikul dan memberikan khidmat yang terbaik kepada Mahasiswa mahasiswi Sains khususnya dan UPSI amnya. Kita juga harus menyedari bahawa amanah yang berat ini, akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Jesteru, janganlah kita lalai dan leka dalam melaksanakan amanah ini dan semoga kita semua dilindungi olehNYA.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,


Bersempena bulan Ogos yang tiba ini, saya ingin kita semua mengimbas kembali perjuangan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan dalam merencanakan perjuangan mereka menuntut kebebasan tanah melayu pada waktu itu. Kalau kita menyorot kembali sejarah, golongan mahasiswa adalah antara golongan yang memainkan peranan besar dalam mencapai kemerdekaan. Bagaimana idealisme yang dibawa oleh mahasiswa yang pulang daripada luar negara mahupun tokoh-tokoh yang belajar di tempat-tempat pengajian di tanah melayu pada waktu itu termasuk UPSI yang dahulunya dikenali sebagai SITC, telah membawa satu semangat yang baru dan membara kepada masyarakat untuk sama-sama berjuang dengan pemimpin-pemimpin negara bagi mencapai kemerdekaan. Oleh itu, sewajarnya bagi kita menghargainya dan meneruskan semangat mahasiswa-mahasiswa terdahulu dalam kita menghadapi ’penjajah’ globalisasi yang mencengkam kini.


Akhir kata, saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian untuk terus berusaha dan berdoa bagi mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik bahkan dalam pembentukan sahsiah dan peribadi kita terutamanya sebagai bakal pendidik generasi akan datang. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51


Akmal Bin Madzir,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Sains,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Salam Perkenalan Buat Semua Mahasiswa Sains

Assalamualaikum WBT dan salam hormat buat semua,


Alhamdulillah setinggi kesyukuran buat ALLah SWT penguasa sekelian alam atas nikmat dan bantuan dariNya, blog Persatuan Mahasiswa Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris ini akhirnya dapat dijalankan semula setelah tertangguh begitu lama. Buat pengetahuan semua blog ini akan diterajui oleh Exco Penerbitan Dan Informasi sesi 2008/2009 dan juga Exco Kebajikan PMS sendiri. Matlamat penubuhan blog ini adalah sebagai medium alternatif bagi semua Mahasiswa Sains dalam mendapatkan maklumat serta informasi terkini berkaitan dengan Persatuan Mahasiswa Sains khususnya serta segala perkara yang berlaku disekeliling kita Insya Allah.


Selaku Mahasiswa, cuba kita perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita, terutama di kampus kita sendiri, sikap acuh tak acuh, tidak mempedulikan hal lain, sentiasa mencengkam jiwa kebanyakan Mahasiswa. Pada mereka, segala perkara yang tidak mendatangkan apa-apa kepada mereka, hatta keuntungan mahupun kerugian, tak perlu difikirkan. Fikiran mereka hanya pada tugasan, kuliah dan buku sahaja. Ya, memang perlu semua perkara itu, kerana tanggungjawab kita selaku pelajar adalah memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan. Tapi, sejauh manakah kebenarannya, bahawa pelajar yang hanya bergelumang dengan buku-buku sahaja digelar pelajar yang berkualiti? Adakah definisi ilmu pengetahuan itu hanya kecil skopnya, yakni berhempas pulas den mendapat pointer yang tinggi dalam peperiksaan?


Definisi ilmu pengetahuan sebenarnya meliputi bidang yang sangat luas, yakni mempunyai maklumat yang luas selain dari akademik, ianya meliputi lapangan kerjaya, kebajikan, apa yang berlaku dalam senario politik tanah air semasa dan dunia, isu-isu semasa, serta beberapa perkara lagi yang sebenarnya perlu dikuasai oleh seseorang yang bergelar Mahasiswa
.Tapi sayangnya, ianya tidak dipedulikan langsung. Jika ada pihak yang cuba menyuarakan beberapa perkara yang menyentuh isu-isu yang diluar kampus, akan dilabel penentang dan sebagainya. Sedangkan budaya menyekat Mahasiswa dari menyuarakan pendirian dan pendapat mereka adalah satu perbuatan yang sebenarnya akan merugikan negara, mengapa? Kerana budaya inilah akan melahirkan generasi Mahasiswa yang lesu dan tidak bermaya. Melahirkan generasi bakal pendidik yang hidup dalam dunia sendiri yang disumbat penuh dengan hiburan yang kadangkalanya sangat melampau.


Justeru, penubuhan blog ini Insya Allah dapat memberikan sedikit informasi dan cetusan idea yang berguna dan Insya Allah mampu menyuntik sedikit pengisian ilmu kepada sahabat semua, dengan berharap akan dapat membangkitkan kita semua dari tidur lena dengan isu-isu semasa kepada sentiasa sensitif dan peka dengan segalanya yang berlaku disekeliling kita semua.

Wallahua'lam

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB