Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Saksikan komet Lulin Februari ini




Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.


Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.


Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.


“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.


Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.


Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).


Komet Lulin ditemui pada Julai 2007 oleh Ye Quanzhi daripada Sun Yat-sen University di Guangzhou, China.


Sementara itu, pada 26 Januari ini, gerhana matahari anulus akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.


Fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan Matahari. Namun ia tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil berbanding matahari.




-Info Astronomi-

Sumber:UtusanOnline

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB