Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Senandung Kasih Buat Allayarham Suhaimi

Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat kita Allayarham Mohd Suhaimi Bin Yusof dari major kimia yang telah pulang kerahmatullah pada bulan Jun yang lepas. Dalam tulisan ini, izinkan editor untuk mengimbau sedikit kenangan bersama Allayarham selama beliau berada di UPSI.

Pertemuan pertama di kafe KUO

Mohd Suhaimi adalah antara sahabat awal editor selain tuan presiden kita tengku abdul ghaffar. Pada tahun pertama lagi kami bertiga ibarat adik-beradik. Dari tahun pertama hingga ke tahun ke tiga di UPSI, banyak cabaran telah kami tempuhi bersama. Beliau amat berbakat dalam bidang seni suara dan kami telah bersama-sama menubuhkan kumpulan nasyid sulung yang terdiri dari pelajar pendidikan sains iaitu nahwand nida'. Apa yang menarik berkenaan Allayarham ialah beliau seolah tidak suka untuk berkongsi masalahnya dengan sahabat yang lain. Itu yang membuatkan editor dan saudara tengku tidak berpuas hati dengannya. Tapi walau macam tu pun perangainya, beliau tetap kami anggap macam adik beradik kami sendiri.

Kumpulan Nasyid Nahwand Nida' di awal penubuhan
Dari kiri: Azizi, Raimi(presiden MPP sekarang), Kamarulzaman, Allayarham Suhaimi, Asyraf dan Editor

Beliau banyak memberikan jasa kepada sahabat yang lain. Bayangkan masa tahun pertama lagi laptopnya ibarat laptop editor sendiri sedangkan laptopnya waktu itu amat mahal dan baru sahaja dibeli. Sekiranya ada hutang yang tak terbayar, harap dihalalkan.Akhir kata, editor mewakili pihak persatuan mahasiswa sains mengucapkan takziah kepada keluarga serta siapa sahaja yang terasa pemergiannya dan marilah bersama kita mendoakan Allayarham ditempatkan disyurga sepertimana para solihin. Amiiin.


Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Kepada Allahyarham Suhaimi Yusuf
Sahabat dan teman seperjuangan...

1 comments:

Muhammad Fadhlullah said...

Salam Takziah..pemergian Sdr Suhaimi amat dirasakan..tatkala diri sedang dipenuhi pelbagai beban mengajar
sementara di sekolah,berita pemergian arwah di awal pagi menimbulkan kemurungan yang terlampau dlm diri aku..kesedihan berterusan sehingga sekarang dan aku masih mencari seorang sahabat sejati spt Arwah suhaimi..adakah penggantinya??moge Arwah ditempatkan bersama orang2 soleh

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB