Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Palestin Menangis, Mahasiswa Harus Responsif

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH


Dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan rakus Israel terhadap Palestin. Rentetan daripada serangan tersebut, jumlah angka syahid dan mangsa yang tercedera kian meningkat. Biarpun berada dalam keadaan “condusive surrounding” hakikatnya mahasiswa seharusnya lebih respon dengan isu semasa.

401780659l


Antara ciri istimewa mahasiswa adalah kemampuan inteleknya. Seharusnya, selaku mahasiswa kita disarankan memanfaatkan kemampuan intelek yang dikurniakan dengan sentiasa bersikap responsive pada isu-isu yang berlaku di sekeliling kita samaada isu-isu yang bersifat nasional ataupun antarabangsa. Kemampuan dari segi intelektual dan kemahiran berfikir serta menganalisis maklumat adalah sangat penting bagi menghadapi situasi sebenar pasca graduasi. Mahasiswa yang matang dan lengkap dengan ilmu dan kemampuan intelektualnya tidak akan mudah melatah dengan perubahan-perubahan semasa.


Dunia kampus dilihat sebagai tempat yang paling ideal dalam usaha untuk menyuburkan budaya intelektual dan lebih responsive kerana suasana persekitarannya tidak dapat tidak membantu dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bersikap responsive tersebut. Kehidupan selaku mahasiswa di kampus mempunyai rutin-rutin yang menggalakan menjadi seorang yang responsif. Sebagai contoh, mahasiswa akan menghadiri kuliah, berdiskusi dan berdialog dengan pensyarah, selain daripada telah disediakan lengkap dengan kemudahan yang sedia ada seperti perpustakaan amat membantu dalam mengadakan sesi ‘brainstorming’ idea-idea baru serta menganalisa isu-isu semasa.


Setiap perkara yang berlaku perlu diikuti secara matang oleh mahasiswa disertai dengan tindakan-tindakan yang dirasakan sesuai berdasarkan kapasiti yang ada. Janganlah juga, menjadi jaguh yang menjuarai isu-isu peringkat kampus, tetapi apabila diminta mengulas isu nasional, mahasiswa akan kelu dan tidak mampu berkata-kata. Lantaran itu, semua pihak di semua peringkat di kampus perlu berusaha memastikan usaha ‘intelectual development’ ini akan dapat dipertahankan.

gaza5


Kezaliman yang berlaku di Palestin, membuka mata banyak pihak. Kemenangan Presiden baru Amerika Syarikat yang diharapkan membawa harapan baru masyarakat dunia, akhirnya memberi kekecewaan kepada seluruh umat Islam. Harapan dan perubahan masih lagi tidak dapat dilakukan. Tidak ada beza antara zaman pemerintahan Bush dan Obama. Namun mereka punya persamaan yang menghalalkan darah umat Islam. Pendamaian sama sekali tidak terlintas dalam fikiran mereka, hanya sekadar manis dibibir. Mereka hanya impikan kejatuhan Islam dan mereka akan menguasai dunia. Perlu diketahui bahawa setiap Presiden Amerika hendaklah mendapat restu daripada Yahudi untuk menang pilihanraya Presiden kerana Yahudi yang memegang kuasa politik dan ekonomi kuasa dunia itu. Setelah menang juga, dia mengulangi komitmennya itu dengan memberi pembelaan sepenuhnya kepada Israel. Ahkbar Berita Harian hari ini juga memetik komen Barack Obama ini terhadap apa yang berlaku di Gaza kini dengan mengatakan dia sedang mengikuti rapat perkembangan di sana. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi kepada dia?

dsc00075


Seharusnya juga, Malaysia yang punya autoriti selaku Presiden OIC, mengambil langkah drastic dengan mengumpulkan semua Negara-negara Islam bagi mengembeleng tenaga dalam membantu umat Islam di Palestin. Isu Palestin merupakan isu ummah. Di peringkat pimpinan mahasiswa, kita cuba melakukan yang terbaik dan mempergiatkan usaha seperti kutipan tabung derma, edaran risalah dan tayangan video Palestin. Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Ayuh mahasiswa, anda sedar perkara ini!


‘Transform with knowledge’


Daripada

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa 08/09
UPSI


Tulisan ini turut dimuatkan dalam ruangan SuratPembaca Berita Harian untuk membuka minda mahasiswa Malaysia..

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB