Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Info Sihat: Berkumur-kumur

Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi.
Berkumur-kumur dengan bahan kumuran menambah keberkesanan memberus dan menggunakan flos. Walau bagaimanapun ia tidak menggantikan penggunaan berus gigi, flos dan dan ubat gigi.

Jenis bahan kumuran

Terdapat dua jenis bahan kumuran.

  • Bahan kumuran yang dapat menyegarkan bau nafas.
  • Bahan kumuran yang digunakan
    • untuk mencegah jangkitan (preventif)
    • mengubati penyakit (terapeutik).

w

Peringatan

Bahan kumuran boleh menyebabkan:

  • perubahan warna tampalan sewarna seperti tampalan komposit
  • rasa membakar dalam mulut
  • gangguan deria rasa
  • mulut kering

Bahan kumuran dapat menghindarkan atau menghilangkan nafas berbau tetapi ia tidak menghilangkan punca masalah tersebut

Bagaimana cara mengguna bahan kumuran?

Gunakan bahan kumuran seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Baca label tertera.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB