Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Khasiat Mengkudu..

Morinda Citrifolia atau Mengkudu adalah sejenis tanaman herba hijau yang banyak dijumpai di kepulauan Pasifik termasuk Malaysia sejak berkurun-kurun yang lalu dan potensinya sebagai sumber perubatan makin disedari sejak kebelakangan ini. Mengikut sejarahnya, mengkudu telah digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan daripada minuman tonik hinggalah sebagai ubat untuk merawat tulang patah. Menurut kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis, mereka mendapati mengkudu mampu untuk merawat penyakit-penyakit seperti Merawat penyakit kencing manis, Merawat tekanan darah tinggi, Membekalkan tenaga, Membuang toksik dalam badan, Melegakan kesakitan, Masalah jantung, Ulser, Anti bakteria, Masalah buah pinggang dan ginjal, Memperbaiki sistem pertahanan badan, Sakit otot, Sakit kepala, Menghentikan fungsi pra kanser dan pertumbuhan kanser.



Bahan Aktif Dalam Buah Mengkudu



1. Xeronine

Xeronine adalah bahan aktif yang terdapat di dalam buah mengkudu mempunyai keupayaan memulihkan protein yang abnormal dan mengawalatur fungsi sel termasuk fungsi otak di mana kesakitan berpunca. Makmal pharmacology University Of Meets, Perancis telah menjumpai mengkudu memberi kesan ke atas otak bagi melegakan kesakitan diseluruh badan. Mengkudu adalah 75% keberkesananya daripada morphine bagi melegakan kesakitan bezanya mengkudu tiada kesan ketagihan dan tiada kesan toksik.



2. Antraquinone

Antraquinone daripada mengkudu merangsang aktiviti keseluruhan proses penghadaman, menambah perembesan enzim-enzim dan pengaliran hempedu. Anthraquinone juga berkesan melegakan kesakitan dan suplimen dalam rawatan kanser. Mengkudu mempunyai ciri-ciri anti-bakterial yang boleh melindungi daripada kerosakkan sistem penghadaman dan jantung. Anthraquinone yang di jumpai dalam mengkudu telah digunakan dengan cukup berkesan melawan jangkitan jantung oleh bakteria usus staphylococus dan shigella.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB