http://profabdullah1.wordpress.com/
Dasar menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar pendidikan di seluruh negara ini itu dimulakan pada awal tahun 1970-an, dan disempurnakan pada tahun 1980-an.
Walaupun demikian, pada tahun 1990-an mula timbul pemimpin negara kita yang mahu kembali menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi di universiti.
Pada 22 Jun 1995 Menteri Pendidikan … “Authorised universities to use English as a medium of instruction to teach science and technological subjects” (New Sunday Times, 9 Julai 1995).
Ini adalah keputusan terbesar diambil ke arah mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan.
Namun, bunga-bunga isu ini bermula lebih awal lagi, iaitu apabila YAB Perdana Menteri menyebut-nyebut tentang hal ini sejak Disember 1993.
Semenjak tarikh di atas, budayawan dan cendekiawan Melayu mula membincangkan isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan.
Mereka yang menolak menyatakan pendirian mereka dengan lantang dan jelas. Cuma, liputan dalam media berita, akhbar, radio dan televisyen tidaklah banyak.
Namun, perbincangan tetap ada. Dan, mereka yang terlibat membukukan perbincangan dan tuntutan mereka supaya tidak tenggelam.
Ada beberapa dokumen penting yang dapat dijadikan bukti.
1. Asraf (editor). 1996. Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
2. Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (editor). 2005. Suara Pejuang Bahasa, Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.3. Abdullah Hassan (penyusun). 2006/2007. Mengapa Kami Bantah (PPSMI), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia
4. Abdullah Hassan (penyusun). 2007. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 - V1 (1952 - 2002), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia
5. Abdullah Hassan (penyusun). 2008. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII (2006). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah MalaysiaDalam dokumen di atas terkandung perbincangan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, seawal 1990-an.
Akronim ppsmi ini timbul kemudian.
“Sudah sampai masanya kita masuhkan dasar PPSMI ini kerana ia gagal. Ia adalah sebuah dasar yang cacat dan tidak dibina dengan baik,” kata YB Tuan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau
Dato’ Fuad Zarkashi pun menentang PPSMI.
Dato’ Mohamad Khir Toyo pun tidak bersetuju dengan PPSMI.
Sebaik sahaja Dato Seri Hishamuddin selesai berucap, hampir 20 orang ahli Dewan Rakyat yang bangun mahu bertanya … tetapi tidak diberi kesempatan.
Yakinlah, penentang PPSMI itu ada, banyak juga.
0 comments:
Post a Comment