Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Dari Bahagian Akademik UPSI

Sumber : Bahagian Akademik UPSI


Bismilahhirrahmanirrahim


ALHAMDULLILAH

Ada beberapa maklumat penting yang baru sahaja saya perolehi hasil pertemuan dan perbincangan dengan bahagian akademik UPSI berhubung dengan isu mahasiswa/i.


1) Borang posting

Untuk makluman mahasiwa/i, borang posting hanya boleh diisi selepas tamat praktikum, iaitu apabila pihak akademik telah menghantar surat tamat pengajian. Ini disebabkan, data hanya akan dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selepas mendapat kelulusan senat. Pengisian borang posting adalah secara online di website KPM.


2) ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)

Mesyuarat bahagaian akademik bersama dengan unit latihan mengajar pada 21hb Januari 2008, telah menetapkan ROS hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang sesi pengajian di UPSI. Sehubungan dengan itu, bagi mahasiswa/i yang telah membuat ROS 1 (di sekolah rendah) tidak perlu lagi untuk membuat ROS 2. Namun yang demikian, bagi mahasiswa/i yang masih belum membuat ROS, mereka perlu membuatnya di sekolah menengah dan boleh dibuat bila-bila masa sahaja dalam tempoh 2 minggu semasa cuti. Masa paling akhir ROS adalah 2 minggu sebelum pergi latihan mengajar. 5% daripada markah ROS menyumbang kepada markah latihan mengajar. Perubahan tertakluk pada fakulti.


3) Study week

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI telah menghantar surat permohonan ’study week’ kepada Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Akademik. Namun demikian, TNCA masih berada di luar negara (Iran) atas urusan kerja sehingga 1 februari 2009. Kami akan memaklumkan perkembangannya daripada masa ke semasa.


4) Jumlah minimum jam kredit

Mahasiswa/i seharusnya mempunyai jumlah minimum jam kredit iaitu sebanyak 12 jam bagi setiap semester. Ini tertakluk kepada peraturan akademik yang telah diluluskan oleh senat.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan mahasiswa/i dapat memperolehi input-input yang terbaru bagi meneruskan kesinambungan di bumi UPSI. Semoga kejayaan mengiringi kita semua. Saya mengalu-alukan setiap komen, cadangan dan penambahbaikan daripada mahasiswa/i.


‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009

UPSI

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB