Subscribe News Feed Subscribe Comments

PMS Official Friendster

PMS Official Friendster
Add Kami di Friendster

Ibnu Haytam & Fotografi



7a.jpg

Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh: Amir Ridhwan


Beliau adalah seorang keturunan Iraq yang lahir di Basra pada tahun 965 masihi. Beliau dikenali di zamannya sebagai cendikiawan Islam tersohor dan oleh saintis sedunia sebagai bapa optik moden.


Apa yang menarik tentang beliau ialah sumbangannya terhadap kajian optik yang mana ratusan tahun selepas itu menjadi asas kepada fotografi. Dalam kitabnya berkenaan kajian optik, Ibnu Haytam telah menggariskan beberapa teori dan eksperimen tentang sifat cahaya seperti kesan biasan dan pantulan. Ratusan tahun sebelum kelahiran saintis terkemuka Sir Isaac Newton, Ibnu Haytam telah menulis tentang sifat cahaya yang hanya bergerak dalam garis lurus dan mempunyai ciri-ciri zarah.


Bahkan Kitab Optik (Al-Manazir) tulisan beliau telah diletakkan sama taraf dengan karya agung Sir Isaac Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, kerana sumbangannya yang sangat besar kepada asas fizik sedunia.


Fotografi terbit daripada ciptaan kamera lubang jarum. Sesiapa yang pernah mempelajari teori berkenaan kamera lubang jarum tentu jelas tentang sifat imej yang terbentuk- lebih kecil dan terbalik secara vertikal. Ciri-ciri ini telah dijelaskan dengan kaedah saintifik oleh Ibnu Haytam yang m ana membolehkan pengiraan jitu dilakukan untuk membuat lensa yang sesuai.


Walaupun kemungkinan besar beliau tidak pernah terfikir bahawa imej tersebut satu hari nanti dapat diabadikan sebagai foto, kerja asas untuk mencipta kamera telah dihuraikan dalam tulisan beliau.


Sepanjang hayat beliau dipercayai telah menulis lebih 200 buku namun kebanyakannya telah musnah. Sebahagian besar buku yang selamat hanyalah salinan yang telah dialih bahasa ke Latin dan Hebrew (Yahudi) ketika Perang Salib. Jika orang German pandai cipta lensa dan orang Jepun pandai cipta kamera, sekurang-kurangnya mereka belajar daripada kajian orang Islam juga.

0 comments:

 
P. M .S .U. P. S. I | TNB